Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 22, 2015

AMARAN KERAS ZAHID HAMIDI KEPADA 'PEJUANG HAK ASASI', JANGAN LINDUNGI KUMPULAN SAMSENG!!!


Arahan serta-merta itu dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berikutan insiden ganas melibatkan kumpulan samseng di Bandar Bukit Mewah, Klang, Selangor.

Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.

Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis dan mesti di­kenakan hukuman maksimum.

Serentak dengan itu, Ahmad Zahid memberi ingatan kepada pihak yang mendakwa diri mereka kononnya sebagai pejuang hak asasi, agar jangan cuba melindungi kumpulan samseng tersebut.

“Kementerian ini yang dipertanggungjawabkan menjaga ke­amanan dan keselamatan akan memerangi mereka hingga ke lu­bang cacing. Perbuatan me­reka benar-benar menca­bar ke­wibawaan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Ma­laysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan kawalan ke­selamatan, lima samseng bertindak menyerang tujuh pengawal keselamatan sebelum membakar hidup-hidup salah seorang daripada mangsa.


Lebih menyedihkan, mang­sa yang terbunuh, Muhammad Ridzhuan Che Bi, 26, baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai dua bulan lalu manakala enam rakannya cedera ditetak menggunakan senjata tajam dan seorang berada dalam keadaan parah.

Turut dibakar dalam serangan tersebut adalah tiga pondok pengawal dan kejadian itu kini menyebabkan penduduk di kawasan Bandar Bukit Raja hidup ketakutan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoal di mana pejuang hak asasi manusia yang selama ini gemar menjadi hero setiap kali polis bertindak ke atas penjenayah tetapi membisu seribu bahasa apabila rakyat menjadi korban.(SUMBER)

“Bila rakyat menjadi mangsa akibat tindakan penjenayah di mana mereka? Mana hak asasi manusia kepada mangsa yang dibunuh ini? Mengapa pejuang hak asasi manusia tidak membela dan masih membisu hingga ke saat ini,” soalnya.


4 comments:

KAW said...

Jika pejuang hak asasi ini cuba nak buat demo di jalanan...saya sokong penuh jika pihak polis kerahkan FRU utk mengajar mereka...

Jangan bagi muka...hentak jer dengan belantan sampai mereka ini lunyai...

Anonymous said...

1. Zahid, if you want to be a future PM of Malaysia, stop issuing warnings and giving hopes.....

2. Rakyat want actions, not rhetorics.....got it ,sir

Anonymous said...

Zahid ni semakin hari semakin bodoh sebab tu byk hal semakin parah kat Malaysia ni...bagus letak jawatan dari menjadi aib kepada bangsa.

Anonymous said...

Jgn ckp ja dt.buktikan..krn trlalu brlembut ini jdinya..kongsi gelap sdh brani menonjol..kongsi gelap sdh tdk takut pa undang2 negara..krn apa.krn ahli politik yg mempermainkan undang..inilah yg mereka mahukan supaya isa di hapuskan..sepatutnya puak pembakang kena jwb mslh ini..apa mereka sdh cukup gembira apa yg berlaku setiap hari..polis trpaksa bertarung nywa demi ke amanan..sy tdk myalah pmbakang..ttp sy berpendapat krjaan trlalu ikut apa yg pembakang protes..yg mnjadi bebanan..warga polis..seharian trpaksa bekerja keras..sy hormat semua angota polis di mlysia..doa sy semuga allah sentiasa memberi rahmat kpd angota polis

 
Blogger Templates