Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 16, 2015

BETUL-BETUL PUNYA LIDAH BERCABANG! SELEPAS BERJANJI TAPI DIMUNGKIRI, SELEPAS GURU KAFA SENDIRI DEDAHKAN, HARI INI AZMIN KATA KERAJAAN NEGERI AKAN TELITI!!!



Kerajaan Selangor sedang meneliti permintaan untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan negeri pada prinsipnya bersetuju menaikkan elaun itu, namun pembayaran perlu dibuat mengikut mekanisme yang ditetapkan.

"Kerajaan negeri melalui Exco agama sedang teliti (perkara itu), pada prinsipnya kita telah bersetuju tetapi mekanisme pembayaran mestilah telus kerana ini soal kewangan negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham pada Selasa, yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13.

Menurut Ekhsan Bukharee, beliau rela diambil tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) termasuk dipecat semata-mata mahu menuntut kenaikan elaun sebanyak RM200 itu demi membela nasib rakan sejawatan lain yang dihimpit peningkatan kos sara hidup.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pihaknya sedang mengkaji kesesuaian penambahan peruntukan berkenaan yang dijanjikan semasa PRU13 itu.

Menurut Dr Ahmad Yunus, kelewatan kenaikan elaun 6,742 guru Kafa di negeri itu disebabkan kerajaan negeri perlu membuat justifikasi berkaitan bagi penambahan peruntukan berkenaan. - Bernama


5 comments:

maae said...

Berapa sangat lah RM 1500.00 sekarang ? Azmin sepatut lebih jelas, tidak payah bermuka-muka.

Begitu juga JAIS. Memalukan... gaji kerani anak cina di sektor bangsa nya sudah mencapai RM 3,000 / bulan. Paling minia pun RM 2000.00 Lihat bagaimana bangsa mereka berkebajikan, berhemah menolong yang susah...

Azmin...Azmin....

Anonymous said...

Buat justifikasi.....??? Yang kau pi janji dulu tu Kenapa?

Anonymous said...

Dap boleh lulus ke nak bg guru kafa di selangor tu mcm gaji kerani tu ?

Anonymous said...

Bro. . .manifesto bukan janji bro.

Unknown said...

Berjanji belum dapat memang mudah tapi melaksanakan memang susah bila dapat. Ingat la kita yg memberi mereka kuasa maka terima la dgn redha.

 
Blogger Templates