Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 8, 2015

CERITA BELAKANG TABIR BAGAIMANA PAKATAN GAGAL KUMPUL SEMUA AHLI PARLIMEN UNDI TOLAK POTA GAGAL!!!



Dalam kehebatan Pakatan Rakyat yang kononnya berjuang untuk mewujudkan sebuah Malaysia baru, akhirnya terserlah mereka adalah pembohong dan hanya pandai bercakap. Malah keazaman Perdana Menteri dan pentadbiran negara untuk memastikan keselamatan rakyat, penduduk, industri, ekonomi serta kewangan negara selain sosial terjamin, dua hari lepas Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tanpa sebarang pindaan.

Jumlah undi yang diperolehi bernisbah agak besar iaitu 79 menyokong dan 60 menentang.

Hanya 79 undi yang menyokong untuk rang undang-undag tersebut. Bagaimana dengan Pakatan yang telah memenangi 89 kerusi Parlimen pada PRU tahun 2013 lalu - sekarang hanya tinggal 86 kerusi selepas PKR memecat Abdul Khalid Ibrahim, selepas kalah di PRK Teluk Intan yang sebelum itu disandang oleh wakil DAP, Seah Leong Peng dan yang terbaru, kes liwat yang menyebabkan Anwar dipenjarakan selama lima tahun dan hilang kelayakan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanakah Pakatan Rakyat yang konon-kononnya sangat berkomitmen, kehilangan 26 orang Ahli Parlimen mereka daripada debat dan undi menentang POTA?

Sering berlagak dan angkuh dengan sokongan 52% rakyat Malaysia sebelum ini, apa yang berlaku adalah amat memalukan kerana Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat yang mempercayai mereka!

Hanya 31% daripada keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Dewan Rakyat ketika POTA dibahaskan dan diluluskan. Dengan kata lain, Pakatan Rakyat telah menghampakan para penyokong mereka sendiri kerana kemalasan dan sikap acuh tidak acuh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sendiri.

Walaupun jikalau kesemua 86 orang Ahli Parlimen mereka muncul dan BN masih boleh mengatasi dengan lebih ramai Ahli Parlimen BN masuk dan mengundi, sekurang-kurangnya Pakatan masih boleh mendakwa mereka telah memberikan sepenuh komitmen dan bersungguh-sungguh sepertimana yang mereka dakwa selama ini.

Setakat ini, apa yang mereka boleh katakan ialah....

"Maaflah... Saya terpaksa ponteng kerana.... (masukkan apa-apa sahaja alasan bodoh yang sudah biasa kita dengar dalam ruang kosong)."

Ini bukanlah kali pertama. Insiden ini pernah berlaku ketika pindaan Akta Pencegahan Jenayah pada setahun setengah yang lalu apabila ketidakhadiran mereka turut dikecam oleh penyokong-penyokong sendiri. (BACA DI SINI)

Namun sudah pastilah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan tidak peduli pun dan tetap juga tebal muka walau dimarahi dan dikecam oleh penyokong-penyokong mereka. Mereka tidak pernah akan belajar daripada kesilapan lampau kerana para pengikut mereka yang bebal akan terus-menerus bebal serta terus dilanda kebingungan selain tetap mempercayai bahawa Ahli-Ahli Parlimen Pakatan benar-benar berjuang untuk mereka.

LIM SIAN SEE




5 comments:

Anonymous said...

Kesian, artikel ignorant tahap gaban, sibok cakap pasai Pakatan,padahal Barisan lagi terok...... nape tak persoalkan kehadiran MP barisan kita?

Next GE ,there will be 6 million new voters project to go out and vote for the very first time....

Out of 6 million new voters, how many do you think will vote for Barisan???

Pikirlah jangan syok cari kelemahan Parti lawan sahaja, Ade 3 tahun lagi, sempatkah ?

Anonymous said...

Apa nak diherankan dengan PKR ni. "Kepala" Parti dalam jail, president dok sebok "berkempen" untuk pastikan kerusi Permatang Pauh tak jatuh kat orang (mesti disandang oleh keluarga Nuar, Tim President peduli apa, dah jadi MB Selangor (yang Rakyat Dipedulikan...katanya) Naib Presiden sibuk dengan kes Mahkamah masing-masing, SU Agong sedang sibok dengan kes BAFIA.... so! tonggang langgang lak pulak. Nyonya KIPAS sedang mengipas "orang Permataqng Pauh" supaya undi PKR...Entahlah...

Anonymous said...

Mana lagi 53 ahli parlimen kerajaan yang tak hadir mengundi?

Kalau tiba-tiba semua ahli parlimen pembangkang buat kemunculan mengejut pasa sesi pengundian, mau lingkup untuk mengesahkan POTA itu.

Anonymous said...

anon 1.53 pm

inilah yg dimaksudkan dlm artikel LSS ni. Hantam PR tapi sebenarnya hantam BN.

Kaw said...


"Maaflah... Saya terpaksa ponteng kerana.... (saya antar minyak sapu kat papa saya....kote beliau kena gigit nyamuk dalam penjara nnunnnnn)."

 
Blogger Templates