Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 14, 2015

DAP DAH GANTI PAS... DAP UNTUK SEMUA, MULA SERANG PELAJAR-PELAJAR JURUSAN AGAMA DI JORDAN!!!



Dengan alasan kononnya, pelajar-pelajar Jordan lebih terbuka berbanding pelajar-pelajar di Mesir, DAP telah menghantar utusan yang terdiri daripada Zairil Khir Johari, Teresa Kok dan Steven Sim untuk mengkaderkan pecacai-pecacai mereka dari kalangan para pelajar Melayu-Islam untuk menjadi konco-konco bagi memperolehi sokongan serta undian daripada masyarakat muda Melayu di Malaysia.

Dan lebih menarik lagi ialah kenyataan yang dikeluarkan, kononnya pelajar-pelajar di Jordan lebih terbuka, lebih liberal dan tidak jumud berbanding pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, DAP cuba menghalalkan perbuatan menembusi masuk dan mengganggu proses pembelajaran serta kecemerlangan pelajar-pelajar Melayu di universiti luar negara.

Anehnya, mengapa pula DAP langsung tidak bercakap tentang pelajar-pelajar berbangsa Cina di Taiwan dan China yang mereka telah terbalikkan otak?


Ada atau tidak berbuat sepertimana yang dilakukan oleh DAP ke atas pelajar-pelajar Melayu di Jordan?

Apakah TRICK PTPTN berulang dalam kes ini?

Kekalutan di kalangan UMNO dan PAS, nampaknya telah dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk diambil kesempatan. Selepas mereka berjaya dengan SEKOLAH DEMOKRASI, nampaknya satu lagi gerakan meliberalkan golongan muda lulusan Jordan yang berimejkan agama Islam sedang dilakukan.



4 comments:

Anonymous said...

DAP tamak, nak ganti PAS dan PKR.
Takde istilah kongsi dalam benak fikiran diorang.

Pelajar Malaysia kat luar tu, korang kalau digula-gulakan dengan DAP ni sampai ada DAP Mesir, bermakna korang pun bukannya pandai mana pun. Bila ada bala bencana, paling terbaru krisis Yaman, DAP ada tolong tak?

Anonymous said...

Ini anak2 orang melayu nk belajar buat apa ganggu. Ayooo. . .

Anonymous said...

Skrg sy berada d irbid... mmg tgh serabut...dap wat hal.. deme nak jumpe ahli2 politik sini bncg kenapa negara islam seperti Jordan x buat hudud... sembang jumpe ahli politik.. bukan jumoe ulamak...

Anonymous said...

pelajar jangan campur urusan politik ..belajar sampai dapat ijazah.. tak rugi duit mak bapak antar jauh-jauh untuk anaknya berjaya ..jordan negara islam kemungkinan hudud akan dibuat macam malaysia dalam perbincangan

 
Blogger Templates