Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 18, 2015

HADI AWANG NAFIKAN PELAN BESAR ANGKAT KHALID IBRAHIM SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR SEMULA!!!



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan kononnya terdapat satu pelan rahsia untuk mengangkat semula Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menjawab laporan bahawa kedua-dua mereka membincangkan langkah itu semasa mesyuarat di Jakarta baru-baru ini, Hadi bagaimanapun berkata isu itu tidak pernah timbul.

"Pertemuan dengan Khalid turut dihadiri beberapa pemimpin Islam terkemuka dan ahli akademik dari rantau ini.

"Kami berbincang tentang perpaduan umat kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah mempengaruhi Asia Tenggara.

"Walaupun bebeza pandangan dengan kerajaan, kami masih menyokong demokrasi berparlimen di negara ini dan tidak mahu 'penyakit' dari Timur Tengah merebak ke rantau ini," katanya kepada pemberita selepas menutup Kongres Profesional Muslim Malaysia, di sini, Sabtu.

SuaraTV sebelum ini melaporkan bahawa Hadi, yang menyokong Khalid sepanjang krisis Menteri Besar Selangor pada tahun lepas berminat untuk mengembalikan kedudukan pemimpin yang dipecat daripada PKR itu ke jawatannya sebelum ini.

Turut dilaporkan bahawa lima wakil rakyat PKR akan melompat parti dengan menyertai PAS dan memberikan sokongan mereka supaya Khalid mendapat majoriti mudah untuk mengambil alih jawatan tersebut.

PAS kini mempunyai 15 kerusi manakala Umno mempunyai 13 di Dewan Undangan Negeri 56 tempat duduk.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dipecat daripada PKR Ogos lalu selepas enggan memberi laluan kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates