Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 1, 2015

HARI PERTAMA GST DILAKSANAKAN, KECOH TENTANG HARGA TOP-UP TELCO DINAIKKAN 6%!!!



Timbalan Menteri Kewangan II kata, harga top-up telefon tak akan dinaikkan.

KPDNKK pun kata harga top-up tidak akan dinaikkan kerana TELCO telah menyerap GST.

Orang ramai diberitahu bahawa top-up memang tidak dinaikkan harga. Kalau naik juga, ambil gambar resit, buat aduan kepada pihak berkenaan.


Sebelum ini pun Kastam Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan dan surat arahan kepada semua TELCO agar tidak menaikkan harga top-up.

Menariknya, pagi-pagi buta lagi, sudah ada gambar-gambar yang dipaparkan bagaimana top-up telah dinaikkan harga sebanyak 6%. Begitu juga dengan top-up menerusi perbankan dalam talian.

Paling ketara ada juga trick yang jelas membodoh-bodohkan orang ramai apabila syarikat-syarikat yang tidak berdaftar GST, turut mengenakan bayaran tambahan dengan tulisan pada resit terdapat penambahan harga sebanyak 6% bagi bayaran yang perlu dijelaskan oleh pelanggan.



Secara nyata, kes ini melibatkan ketamakan dan kehalobaan para peniaga yang bersenang-lenang dan tanpa takut-takut untuk menipu pengguna dan orang ramai dengan kesannya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Kegawatan mula terasa apabila para pengguna mula berlumba-lumba memaparkan resit pembelian mereka - dari top-up telefon sehinggalah kepada perkhidmatan tayar dan makanan di restoran - di Facebook terutamanya.

Beberapa rungutan tentang cubaan untuk menghubungi saluran yang diperkatakan oleh Menteri KPDNKK sekiranya terdapat aduan, tetapi gagal atau tidak dijawab juga, dapat dilihat.


Sehingga setakat ini, Menteri yang sepatutnya paling sibuk menjawab isu ini, masih mendiamkan diri dan dikhabarkan berada di Kota Kinabalu, Sabah.

2 comments:

Anonymous said...

Dah tahu 1hb adalah hari penting dan wajib ada di pejabat, boleh pulak dia pegi kk utk urusan lain. Set la jadual tu sesuai dgn tarikh pakcik kpdnkk oiii! 1hb april dh tentu akan ada bnyk aduan dan masalah tentang gst. Jangan buat benda pelik boleh tak pakcik kpdnkk...

Anonymous said...

Apa nak jadi dengan pemimpin dan menteri kita ni. Bercakap boleh tahan tapi kenapa lari dari tanggung jawab bila HARI PERTAMA GST di laksanakan. Nampak sangat tak prihatin ttg masalah rakyat. Kami tak kesah ttg GST tapi menteri mesti bertanggung jawab bila rakyat nak mengadu masalah. Jangan lagi jawab kami tak cukup pegawai. Dah bosan

 
Blogger Templates