Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 9, 2015

JANGAN PERSALAHKAN ROSMAH MANSOR, KATA SALLEH SAID KERUAK!!!



Tun Dr Mahathir dituduh akan mencari jalan untuk menjatuhkan mana-mana pengantinya yang tidak menepati kehendak beliau.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kaedah itu pernah digunakan bekas perdana menteri ke atas Tun Abdullah Badawi.

Dalam tulisannya di blog Salleh Said Keruak (SSK) menyifatkan kritikan yang dibuat Dr Mahathir bukan perkara baru kerana pelbagai tuduhan pernah dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri Kelima.

“Bagi memperlekeh Pak Lah, dia berkata bukan beliau yang mentadbir negara ini. Sebaliknya diuruskan oleh kerajaan 4K: Kak Endon (isteri Pak Lah), Khairy (Menantu Pak Lah), Kamal (anak Pak Lah) dan Kalimullah (orang kuat Pak Lah)”, dakwa Salleh.

Jelasnya, cara yang sama kini digunakan Dr Mahathir bagi menyingkirkan Najib di mana beliau menggunakan individu di sekelilingnya terutama membabitkan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa gelaran Wanita Pertama bukannya perkara baru kerana ia pernah digunakan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Dr Mahathir.

“Isteri Perdana Menteri sepatutnya memainkan peranan dalam kerajaan dan ini telah menjadi amalan sejak zaman Dr Mahathir apabila isteri Perdana Menteri mula dipanggil Wanita Pertama”, katanya dalam entri ‘Rosmah Mansor, the target to get Najib’.

Dalam tulisan yang sama Salleh mempertahankan keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada Rosmah.

“Di Malaysia, sudah tentu, peranan Wanita Pertama adalah lebih formal dan tidak diinstitusikan seperti di Amerika Syarikat”, jelasnya.

Menurut Salleh, selain mencari salah laku Perdana Menteri, Rosmah telah diberi gambaran sebagai raksasa bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Jelas Salleh siapapun yang menjadi perdana meneri, mereka terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan Dr Mahathir.

“Selepas enam tahun di pejabat, Najib masih belum melaksanakan projek Crooked Bridge (Jambatan Bengkok) dan projek kereta api landasan berkembarke Singapura dan ia yang menjadikan Dr Mahathir tidak selesa.

“Barang siapa yang pilihan Dr Mahathir sebagai pengganti kepada Najib perlu menjadi orang yang boleh melaksanakan Jambatan Bengkok dan landasan berkembar keretapi ke Singapura dalam tahun pertama memegang jawatan. Jika tidak maka orang ini juga akan menghadapi risiko dikritik seperti Perdana Menteri sekarang dan yang di hadapannya,” kataya lagi. (SUMBER)

2 comments:

Anonymous said...

Jbatan bengkok tkde.kote bengkok ada.
dulu najib disanjung tun m.sekarang di caci.
senang citer suruh tun m pilih penganti sesuai.sapa agak2 ekk.muhyidin,pasti katuh dikerja kn tun,zahid,pun tumbang dikerja kn tun,hisamuggin,pasti dikata kn lembik oleh tun,khairi,pasti jatuh sbb menantu pak lah.
diapa yg layak.oooo aku rasa anwar aljuburi,lagi 10 taun layak mengundi.itu pilihan tun sebab anuar telah bertaubat sbb disuruh oleh karpal.
macai tkyah komen erk.sy tk baca komen merapu.bye bye.

Anonymous said...

Jangan persalahkan Rosmah Mansur, kata Salleh Keruak?

Kalau soalan Tun M tak di jawab dengan baik dan bernas oleh Najib (bukannya seperti jawapan di parlimen)

maka,

UMNO akan ditolak oleh Rakyat pada PRU akan datang

kerana,

1.Permasalahan ekonomi,sosial yang menghimpit rakyat pada masa kini contoh nya GST, 1MDB, Rosmah bermewah-mewah dan lain2 lagi.

2.terdapat Parti2 baru yang akan bertanding seperti ISMA, mungkin Perkasa dan lain2 lagi bersatu dengan parti PAS dan parti pembangkang yg lain

3.Sokongan Gen Y,golongan guru, pensyarah, pelajar kepada parti2 baru ini kerana mereka melihat UMNO adalah parti yg mengamalkan rasuah, kronisma , jemuan, bangang disokong pula oleh pro ahjibgor dan bloger lembuan yang diupah dan berbayar.


dan akhirnya pada PRU akan datang,

1.Mungkin UMNO terpaksa berkongsi kuasa dengan gabungan parti2 baru ini (itu masih ok lagi)

2. lebih teruk, Parti UMNO yang kita sayangi tewas

3.Amaran Awal telah pun di keluarkan oleh Tun M

4.Puak Ahjibgor yg di upah dan dibayar pula akan menuduh Tun M sebagai punca UMNO tewas.

kesimpulan nya,

Cermin lah pada diri masing2 apakah yagn telah kita lakukan pada Parti UMNO yang kita sayangi?

 
Blogger Templates