Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 16, 2015

KPDNKK 'SAPU' SEMUA KEDAI DALAM OPERASI GST TETAPI TELCO PULA DIBERIKAN KELONGGARAN SAMPAI HUJUNG APRIL!!!



Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap operasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)‎ 'menyapu' semua kedai tanpa mengira jenis perniagaan.

‎Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, operasi yang dijalankan agak rumit kerana ia melibatkan banyak pihak.

"Kita buat (operasi) semua (kedai). Maknanya, laluan kita macam tsunami. Sapu semua. Tidak ada tanda harga, penimbang itu kalau tidak ada nombor kita pun, kita ambil tindakan. Sebab itu saya kata, kita sapu semua.

"Kalau dengan Kastam sangat mudah. Tak ada nombor pendaftaran GST, Kastam akan ambil tindakan. Tapi KPDNKK agak rumit. Kena kaji dari semua sumber. Kalau peniaga kata mereka mendapat harga yang tinggi dari pembekal, kami mencari pembekal. Itulah prosesnya dan seterusnya. Ia memang mengambil masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media harian kementerian itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian hari ini, trend tindakan kes dan pengeluaran notis di seluruh negara sejak 1 April mencecah 240 kes dan 551 notis.

Kes pertama akan dibawa kementerian kepada Timbalan Pendakwaraya (DPP) minggu hadapan sebelum didakwa di mahkamah.

SEMENTARA ITU...

Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih menanti syarikat-syarikat telco menyelesaikan kaji selidik berhubung pengenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai yang menjadi perdebatan hangat sebelum ini.

Pengarah Bahagian GST, Datuk Subromaniam Tholasy‎ berkata, sehingga hari ini masih belum ada sebarang resolusi dicapai antara kerajaan dengan syarikat telco.

"Belum lagi (buat resolusi dengan syarikat telco). Sebab syarikat telco sedang menjalankan kaji selidik jadi, keputusan akan dibuat selepas kaji selidik itu selesai‎. Kami berikan mereka (masa) hingga hujung bulan April," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini beberapa pihak menggesa syarikat telco tidak mengenakan bayaran lebih kepada pengguna pada setiap pembelian kad tambah nilai prabayar.

Sejak 1 April, pelbagai rungutan kedengaran dan ‎kenyataan kementerian bertanggungjawab yang berubah-ubah menambah kekeliruan pengguna.

Malah dalam kenyataan sebelum ini, Subromaniam menegaskan bahawa peniaga tidak boleh mengenakan GST ke atas kad tambah nilai kerana sebelum GST lagi, kad 'top-up' itu sememangnya sudah dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus oleh kerajaan.

Katanya, sepatutnya tidak ada perubahan kerana jika harga top-up itu RM10 sebelum ini, harga tersebut kekal selepas 1 April kerana ia termasuk cukai.

"Kita pernah beri surat kepada semua syarikat telekomunikasi, RM10 itu termasuk cukai perkhidmatan. Kita juga telah beritahu syarikat telekomunikasi ini, apabila beralih kepada GST, mestilah kekalkan harga RM10 itu.

“Sebab kadar cukainya sama cuma tukar nama daripada cukai perkhidmatan kepada GST. Tetapi ada satu atau dua syarikat telekomunikasi yang nampaknya tidak mengikut arahan itu," katanya.

Kemudian, syarikat telco telah mengumumkan untuk memberi bonus waktu udara enam peratus daripada kadar nilai kepada pelanggan walaupun mengenakan GST. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates