Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 16, 2015

LALUAN BASIKAL DBKL TIMBULKAN PERTANYAAN, KENAPA PROJEK YANG SAMA DIBINA DAP DI PULAU PINANG BERNILAI DUA KALI GANDA!!!



Kita tunggu juga kalau-kalau DAP terutama sekali Lim Guan Eng nak buka mulut berhubung perbelanjaan DBKL membina laluan berbasikal yang menelan belanja lebih kurang RM700,000. Kita nak juga dengar hujah DAP, apakah usaha DBKL membina laluan basikal sejauh 5.5 kilometer dari Mid Valley ke Dataran Merdeka itu satu pembaziran , memandangkan DAP terutama dari mulut Lim Guan Eng dan Tony Pua, dengan dibantu oleh Rafizi Ramli sering mendedahkan yang semua projek selain yang dikendalikan oleh Pakatan Rakyat, adalah pembezairan dan ketirisan.

Projek yang bermula dari tahun 2013 dan berharga RM700,000 yang melalui sepanjang Sungai Kelang, Brickfield, Kompleks Dayabumi dan Lebuh Pasar Besar telah dirancang dengan menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada Cycling Kuala Lumpur yang turut menghasilkan peta berbasikal di kotaraya ini.

Laluan tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal dua hari sudah yang turut berbasikal di laluan tersebut bersama-sama penunggang basikal yang lain.

Terdapat dua lagi laluan basikal yang akan dibina melibatkan laluan sejauh empat kilometer dari Wangsa Maju ke Taman Melati dan laluan sejauh dua kilometer dari Wangsa Maju ke Taman Batu Muda yang nilai keseluruhan pembinaannya adalah RM2.3 juta.

DBKL turut merancang untuk melengkapkan laluan basikal tersebut dengan lampu-lampu solar dan CCTV bagi tujuan keselamatan, selain mencantikkan landskap di sekitar laluan. Kerja-kerja tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa.

Untuk memastikan keselamatan para penunggang basikal, laluan tersebut akan turut menempatkan para pegawai DBKL yang meronda. Sehingga kini terdapat lebih kurang 20 orang anggota peronda berbasikal DBKL dan 40 buah basikal yang jumlahnya akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Lim Guan Eng pastinya akan mendabik dada, kononnya DBKL meniru DAP membina laluan basikal. Dia juga pasti akan bermegah-megah kononnya dia mempunyai wawasan yang jauh lebih hebat dan ke hadapan.

Namun dia tidak akan sesekali membandingkan nilai serta jumlah wang yang digunakan untuk pembinaan laluan basikal.


Untuk makluman, laluan sejauh 5.5 kilometer yang dibina oleh DBKL dan dua laluan lagi sejauh 6 kilometer hanya bernilai RM383,000 bagi setiap kilometer. Dan jumlah tersebut jauh lebih MURAH DAN RENDAH berbanding laluan basikal yang dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang bernilai RM2.4 juta bagi setiap kilometer (RUJUK SINI) !!!

Diskaun apa yang diperolehi oleh DBKL dan ketirisan apa yang telah dialami oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP sehinggakan harganya berkali-kali ganda untuk jarak yang hampir sama?

Tony Pua dan Rafizi Ramli tak mahu memekak ke? Lim Guan Eng tak mahu bagi jawpan ke?



3 comments:

Anonymous said...

kalau terkena batang hidung depa muka selamba aja kalau kat orang lain cepat fitnahnya sampai

Anonymous said...

Jd kita semua tak heran bila mohamad razali membongkar strategi busuk dap...dap terlampauuuu kaya mengalahkan umno...umno takde apa apa kemewahan jika dibanding dap... belum lagi masuk duit yahudi zionist...sesape dah baca apa yg dibongkar oleh mohamad razali tapi masih jd macai, tunggu je la jd singapork, anak cucu kau semua bawah tapak kaki dapigs, la ni penang dah jd singapork....

Adakah 3 gadis melayu dlm dap tu tak tau???? Atau teramat tau???? Jika teramat tau, apakah pakaian yg dibdn tu tak membawa makna di hati, kalau tak malu kat org pun, ingatlah agama tu agama Allah, bukan utk dijual beli kerana duit dan kuasa....., ingat ingatkanlah anak anak kita dan keluarga kita semua.....takut nanti anak anak kita termasuk dlm kelompok munafik dajjal akhir zaman....

Anonymous said...

Sebabnya Melayu tak bersatu. Kaum Cina sama banyak pengundi dengan Melayu tetapi DAP berlagak kaum majoriti. Sekarang pengundi telah berpecah kepada 4 kumpulan PASAM, PKR, PAS & UMNO

 
Blogger Templates