Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 9, 2015

MUHYIDDIN KEPADA MAHATHIR: BERIKAN PELUANG KEPADA NAJIB UNTUK LAKSANAKAN TUGASNYA!!!


Merasakan bahawa Tun Dr.Mahathir Mohammed tidak mempunyai apa-apa rasa tidak baik apabila beliau mempersoalkan berkenaan dengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan Tun Mahathir maish lagi sebagai seorang ahli UMNO dan bekas perdana menteri Malaysia.

Demikian lah apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini berada di Jakarta,Indonesia kerjanya didalam rangka lawatan selama tiga hari yang berakhir hari ini.

“Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu,” katanya.

“Sebab itu, apabila beliau mencetuskan beberapa perkara dalam penulisan beliau, saya sendiri secara peribadi tidak memandang ringan. Ia ada impak dan kesannya. Kalau dia (Dr Mahathir) menyentuh mengenai urusan kerajaan, yang mana patut kita jelaskan, kita patut jelaskan,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, beliau menghormati kedua-dua pemimpin dan tidak mahu membuat kenyataan yang berat sebelah kerana apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan kebenaran dan parti akan menghadapi pilihan raya.

“Saya setuju supaya bukan sahaja Perdana Menteri menjelaskan (isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir) untuk pengetahuan umum supaya tidak ada salah anggapan dan salah fahaman tentang perkara tertentu, penting juga penjelasan untuk pengetahuan rakyat. Tetapi saya fikir yang agak baik ialah pertemuan, kalau Datuk Seri Najib sebagai anak dan Tun sebagai bapa, maka saya pun begitu.

“Jumpalah Tun, kalau dah jumpa dahulu, mungkin perlu jumpa lagi, elok jumpa lagi sebagai bapa dan anak, saya percaya Tun Mahathir pasti akan menerima dan Datuk Seri Najib tidak akan berasa janggal. Janggal makna anda tahu, anda berasa seperti anda tahu bukan (sesuatu yang) luar biasa,” kata beliau.

Didalam penjelasan Muhyiddin lagi , agar setiap persoalan yang dikemukakan dalam diselesaikan dengan cara baik serta agar ianya tidak akan berlarut dan parah sebelum hampir pilihan raya dan sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau risau dengan apa yang berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

persoalan tantuya pun tidak baik jugak ke

 
Blogger Templates