Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 16, 2015

PENIAGA CINA YANG DIBUKTIKAN KESALAHAN NAIKKAN HARGA BARANGAN, LEBIH RELA BAYAR SAMAN DARIPADA DIDAKWA DI MAHKAMAH, KATA HASAN MALEK!!!



Peniaga Cina dikatakan lebih suka membayar denda kerana kesalahan menaikkan harga barangan daripada didakwa di mahkamah.

Kenyataan berkenaan dibuat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

“Peniaga yang paling tidak suka (didakwa di mahkamah) terutama peniaga-peniaga Cina yang tidak sanggup pergi ke mahkamah.

“Dia (peniaga Cina) sanggup membayar beberapa sahaja asalkan jangan bawa mereka ke mahkamah,” katanya dalam ucapannya selepas menyampaikan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Penguatkuasa pada Khamis.

Hasan memberi jaminan kementeriannya akan bertindak lebih tegas untuk mengheret peniaga yang menaikkan harga barangan dan memanipulasikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke mahkamah.

“Saya nak tekankan pula, kita nak ambil satu atau dua (kes) untuk dibawa ke dalam mahkamah, supaya rakyat tahu yang kita ambil tindakan.

Beliau berkata, KPDNKK juga akan menambah pegawai penguatkuasa untuk membuat pemeriksaan yang kerap di kedai runcit dan pasar raya.

Katanya, tindakan itu bagi memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kesungguhan kerajaan dalam memastikan hak pengguna sentiasa dilindungi.

Hasan berkata, dalam Ops Catut Fasa 2 dari 1 hingga 14 April, sebanyak 94,960 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan RM56,908.

“Sebanyak 240 kes telah diambil denga kompuan yang dikeluarkan pula sebanyak RM35,650 manakala notis yang dikeluarkan pula sebanyak 551,” katanya.

Bagi pemeriksaan terhadap caj perkhidmatan pula, sebanyak 698 pemeriksaan telah dijalankan dan 61 notis bagi caj perkhidmatan telah dikeluarkan.

Hasan menasihatkan rakyat jangan berasa jemu dengan pemantauan oleh pihak berkuasa kerana 2015 merupakan tahun paling mencabar. (sumber)


1 comment:

Anonymous said...

Ah!!! Betullah tuu.....ambil satu dua saja tindakan lepas tu senyap terussss duduk ofis ramas telur...

 
Blogger Templates