Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 17, 2015

PKR KENA MINTA MAAF KEPADA PAS TERLEBIH DAHULU KALAU NAK BERUNDING TENTANG KERJASAMA PRK PERMATANG PAUH!!!



Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berkeras menuntut permohonan maaf daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung penghinaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan berhubung pergerakan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh jika permintaan mereka tidak dipenuhi.

"Bagi saya senang saja, minta maaf dulu kemudian baru kita jumpa (bincang)," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Menurut Mohd Yusni, beliau dihubungi Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kata dua pendirian Pemuda PAS Pulau Pinang tentang kerjasama sayap itu pada PRK Permatang Pauh yang akan bermula 25 April ini.

"Suhaizan ada telefon saya untuk dapatkan maklumat lanjut. Saya pun maklumkan pendirian kami. Malah dia beritahu nak aturkan pertemuan segera antara Pemuda PAS negeri dan AMK.

"Dia nak cuba selesaikan isu ini. Tapi seperti yang saya katakan tadi, kita boleh jumpa kalau mereka minta maaf secara terbuka," katanya.

Selain itu Mohd Yusni turut mengakui menerima panggilan telefon oleh wakil AMK Pulau Pinang berhubung kenyataan kerasnya sebelum ini.

"Ada seorang wakil mereka telefon, dia pun nak tanya saya tentang isu yang sama. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa permohonan maaf.

"Tak mengapa, kita bagi mereka masa sebab penamaan calon pun lambat lagi. Kalau mereka minta maaf, jentera kita sedia untuk bantu," katanya.

Sebelum ini Mohd Yusni dilaporkan memberi kata dua kepada AMK Pulau Pinang supaya menarik balik dan memohon maaf berhubung desakan sayap PKR itu supaya Hadi berundur daripada PAS.

Malah, beliau turut menegaskan, ahli-ahli Pemuda Pas negeri juga tidak selesa untuk bekerjasama dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri dalam program di bawah pembangkang sepanjang kempen PRK tersebut yang sebelum ini bertindak memutuskan kerjasama dengan mereka.

Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin sebelum ini dengan lantang meminta Hadi meninggalkan PAS kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra Umno’.

Selain itu, Ketua Dapsy Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebelum ini juga mengambil pendirian sama dengan Dapsy Kebangsaan untuk membekukan segala hubungan kerjasama dengan Pemuda PAS negeri itu. (sumber)


No comments:

 
Blogger Templates