Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 17, 2015

POLIS BURU DUA LELAKI SETELAH PEMILIK AKAUN FACEBOOK YANG HINA ISLAM DAN RAJA-RAJA MELAYU, DISAHKAN BUKAN PEMUATNAIK STATUS!!!



Polis sedang memburu dua orang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penghinaan ke atas Islam dan Raja-Raja Melayu yang dilakukan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, kedua-dua mereka, B. Arulselvam, 29, dan Mohamad Azly Anuar, 22, berasal dari Pulau Pinang. Kedua-duanya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Berdasarkan siasatan kami dengan kerjasama SKMM, kami percaya kedua-duanya boleh membantu kami dalam siasatan kes ini. Kedua-dua adalah bekas pekerja individu yang memuatnaikkan status dalam akaun Facebooknya," katanya kepada wartawan hari ini.

Status Facebook tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang menghina Islam dan Raja-Raja Melayu apabila pemuatnaik status berkenaan tidak berpuas hati dengan 'Azan' yang dikatakannya sebagai mengganggu. Mior Faridalatrash bagaimanapun berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 43 tahun yang memiliki akaun Facebook tersebut, tidak memuatnaikkan sebarang status yang menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

Malahan terdapat akaun Facebook lain yang menggunakan profil dan gambarnya yang telah diaktifkan pada 10 April, kata Mior Faridalatrash lagi.

Polis turut meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang kedua-dua orang lelaki berkenaan untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

22 laporan polis dari pelbagai pihak telah dibuat, termasuklah oleh NGO-NGO dan parti-parti politik berkenaan penghinaan tersebut. Polis turut merekodkan kenyataan daripada 22 individu, termasuklah pemilik akaun Facebook tersebut yang juga merupakan seorang pengurus sebuah syarikat bagi melancarkan siasatan kes ini.

– BERNAMA


No comments:

 
Blogger Templates