Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 22, 2015

PRK PERMATANG PAUH: PAS KATA 'HARAM' DAN 'BERDOSA BESAR' SOKONG SERTA UNDI CALON YANG TENTANG HUDUD!!!



Drama arahan KETUM yang terbaru ke nih?

Hariini, PAS Permatang Pauh mengisytiharkan bahawa mengundi calon yang menentang hudud adalah HARAM dan BERDOSA, sekaligus mengabsahkan ancaman untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Ulama PAS Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman berkata, orang Islam yang mengetahui asas agama mereka akan faham bahawa hukum syarikat adalah undang-undang Tuhan dan kerana itu ia adalah WAJIB bagi setiap orang Islam.

"Membantah atau mempersoalkannya akan menjejaskan akidah seorang Islam," Badrul dipetik sebagai berkata. (BACA DI SINI)

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bagaimana berkata pada Isnin, kepimpinan PAS Pusat memutuskan untuk menyokong calon PKR di Permatang Pauh, sekaligus menyanggah keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh yang dibuat lebih awal.

Ketua PAS Kawasn Permatang Pauh, Omar Hasan dilaporkan mendesak agar PKR menarik kembali kenyataan mereka yang menentang pembentangan usul hudud sekiranya PKR mahukan PAS Permatang Pauh membantu kempen mereka dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sehingga kini, PKR tidak pernah bercadang untuk menarik kembali kenyataan dan pendirian parti tersebut.

Pencalonan dan pengundian telah ditetapkan pada 25 April dan 7 Mei untuk Permatang Pauh.


No comments:

 
Blogger Templates