Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 18, 2015

RM200,000 PERUNTUKAN UNTUK DEWAN SEKOLAH, TAK BOLEH SEBAB RASUAH, KATA CHONG ENG, TAPI PERUNTUKAN RM12 JUTA OLEH DAP UNTUK PASAR DI SEBERANG JAYA, BOLEH SEBAB GUAN ENG LULUSKAN!!!



Ahad lepas, Muhyiddin Yassin memperuntukkan RM1.2 juta atau RM200,000 bagi enam buah sekolah di Permatang Pauh untuk pembinaan dewan yang baru.

Dalam satu reaksi pantas, Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng segera menyatakan bahawa pemberian tersebut merupakan satu bukti nyata bagi memperolehi undi di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR.

"Dia telah menggunakan pelajaran untuk meraih keuntungan dari segi politik dan mempolitikkan pendidikan," kata Chong Eng sambil mensasarkan Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran.

"Peruntukan seperti itu tidak sepatutnya diberikan semasa musim pilihanraya memandangkan ia akan menimbulkan tanggapan bahawa kawasan-kawasan yang tidak menghadapi pilihanraya kecil, tidak memerlukan peruntukan sebegitu," katanya lagi. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, PAGI SEMALAM, KETUA MENTERI PULAU PINANG, LIM GUAN ENG telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM12 juta untuk menaiktaraf pasar awam dan borong di Seberang Jaya, yang terletak dalam salah satu DUN di dalam Parlimen Permatang Pauh. 

Ditanya adakah peruntukan penaiktarafan pasar tersebut sebagai satu umpan untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh, Chong Eng menafikannya dan mempersoalkan peruntukan untuk enam buah sekolah yang diluluskan oleh Muhyiddin Yassin adalah peruntukan persekutuan.

"Kerja-kerja menaik taraf pasar akan memberi faedah kepada semua orang dan kawasan-kawasn sekitar, tidak hanya pengundi-pengundi di Permatang Pauh sahaja," katanya lagi.

Sungguh menarik bagaimana melihat Chong Eng dengan pantas memutarbelitkan kenyataannya sendiri!!!


3 comments:

Anonymous said...

Cina dap yang penuh dengan hasad dengki. Kalau sjkc semua tak akan dia mengeluatkan kenyataan begitu. Dasar perkauman dan dengki tak sudah dap terhadap orang melayu. Go to hell you dap.

Anonymous said...

Pasar besar itu kaum mana yang berniaga?

Anonymous said...

Memang DAP parti hipokrit

 
Blogger Templates