Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 21, 2015

SAH!!! PAS TIDAK AKAN BANTU JENTERA PILIHANRAYA PKR DI PERMATANG PAUH!!! WAN AZIZAH TERKANGKANG!!!


Keputusan telah dibuat!!!

PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh telah membuat keputusan untuk tidak membantu PKR memenangi semula Parlimen Permatang Pauh kecuali selepas PKR memohon maaf dan menyatakan sokongan kepada usul undang-undang hudud yang akan dibentangkan oleh PAS nanti.

"Bagi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk terus kekal menjadi milik PR dalam PRK pada 7 Mei ni, maka PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak agar PKR dan para pemimpinnya yang telah menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan tersebut."

Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS Permatang Pauh.

Satu-satunya yang mampu dilakukan oleh PKR sekarang ialah, meminta Azmin Ali 'memberikan nasihat' kepada Abdul Hadi Awang untuk 'menasihati' PAS Permatang Pauh. (RUJUK SINI)

Atau barangkali Azmin Ali perlu mengutuskan Lim Kit Siang dan anak lelakinya yang sangat hebat itu untuk meyakinkan Hadi Awang memandangkan mereka pernah menjadi SEKUTU YANG SANGAT RAPAT suatu masa dahulu?

Apa reaksi DAP dalam perkembangan terbaru ini?

Berikut adalah kenyataan yang rasmi yang dikeluarkan oleh PAS Kawasan Permatang Pauh:

Merujuk kepada kenyataan media PAS Kawasan Permatang Pauh berkaitan desakan PKR menarik balik bantahan kepada Enakmen Jenayah Syariah 2 Kelantan (hudud) dan tidak akan mengundi menyokong Rang Undang-undang Pindaan akta Mahkamah Syariah oleh PAS.

1. Kenyataan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh itu adalah mewakili suara akar umbi PAS Kawasan. Bukan pendirian peribadi beliau. Ianya adalah Usul oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Permatang Pauh pada 19 April.

2. Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan MAT PAS Kawasan sayangkan Pakatan Rakyat (PR) dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PR. Ini disebabkan PR berisiko kehilangan undi ahli PAS dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama. Ini adalah luahan ahli dan pengundi-pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh PAS Kawasan dan Cawangan. Malah ianya juga telah disuarakan semasa perbahasan usul dalam MAT tersebut.

3. Hudud adalah perkara yang Dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ianya adalah syariat (perintah) Allah yang wajib hukumnya untuk dilaksana ke atas umat Islam. Membantah dan mempertikaikannya akan merosakkan aqidah umat Islam.

4. Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin juga telah digariskan oleh Islam. Jadi apa pula hukum mengundi calon yang menolak hudud ?

5. Sudah tentu haram dan berdosa, bertepatan dengan maksud Surah an Nisa ayat 85,

" Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

6. Bagi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk terus kekal menjadi milik PR dalam PRK pada 7 Mei ini, maka MAT PAS Kawasan Permatang Pauh mendesak agar PKR dan pemimpin-pemimpinnya yang telah menolak dan menghina Hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan tersebut.

Ustaz Badrul Abdul Rahman
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Permatang Pauh
20 April 2015

3 comments:

KAW said...

Baguihhhhhhh...

Saya harap Pas jgnlah lagi menjilat nonok dan punai rakan komponen...

Pas, saya yakin boleh berdiri dengan kaki sendiri dan tidak memerlukan pun sokongan dari PKR dan DAP....

Jika Pas istiqamah dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam...saya yakin satu hari nanti Pas mungkin akan pegang federal govt...

Pas janganlah terlalu rakus hendakkan kekuasaan sampai sanggup mengadaikan maruah diri..biarlah lambat sikit Pas berkuasa tetapi apabila berkuasa ia akan dapat bertahan lama...

Saya cadangkan kepada Pas:

1. Pas haruslah melakukan pembersihan dalaman Pas dahulu dengan bertindak membuang pemimpin2 yang hanya mementingkan diri sendiri dan hanya tahu memberi malu nama parti...

2. Daripada Pas dok tergedik-gedik nak berkerjasama dengan parti kafir yang langsung tak pandang Pas...adalah lebih baik Pas berkerjasama dengan NGO-NGO seperti Persatuan Cina Muslim atau Persatuan India Muslim...Ajak NGO-NGO seperti ini bergabung bersama Pas dan berjuanglah bersama-sama untuk meluaskan syiar Islam...Islam itu universal dan menerima sesiapa sahaja tak kira bangsa menjadi umatnya...

3. Dari pada Pas dok sibuk mempertahankan kote jahat Anwar Ibrahim...adalah lebih baik Pas berjuang mempertahankan nasib mualaf-mualaf atau saudara baru kita yang masuk Islam...Sepatutnya Pas menjadi juara dalam Parlimen membawa isu-isu berkenaan pengagihan zakat dikalangan asnaf...isu-isu berkenaan nasib dan keadaan hidup saudara baru kita dan banyak lagi isu yang berkaitan umat Islam yang saya rasa hampir semua YB-YB islam dalam parlimen terlepas pandang...

Pada saya kalau Pas benar2 nak pegang federal govt...Pas perlu tackle Cina muslim dan India muslim dengan cara mengadakan ukhuwah dan persahabatan dengan persatuan-persatuan mereka (jika ada)...belalah nasib mereka...anggaplah mereka macam adik beradik kita...berilah mereka peluang untuk menyumbang kepada negara ini...

Saya yakin...Pas hanya akan dapat sampah dan hanya akan jadi sampah jika berkerjasama dengan DAP dan PKR...

KALAU PAS NAK PEGANG FEDERAL..PAS KENA TAKCLE CINA MUSLIM DAN INDIA MUSLIM...BIARLAH LAMBAT SIKIT PAS MENDAPAT KUASA..ASALKAN BILA BERKUASA IA AKAN KEKAL LAMA DI TANGAN PAS...

Anonymous said...

Kalau mendesak pkr menarik balik soal hudud..sy trtanya2..adakah pkr ada keiklasan..ataupun hnya menarik blk kata2 itu sekadar melepas batuk di tangga..pas tk perlu mendesak..krn mmg parti pkr tdk mgutama islam..pkr hanya utamakan dendam..

Anonymous said...

Dah tahu dah..PAS NI MUNAFIK

 
Blogger Templates