Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 18, 2015

SARAWAK FOR SARAWAKIANS FITNAH KETUA MENTERI SARAWAK SOKONG MEREKA BUAT REFERENDUM!!!



Melihat kepada sokongan rakyat Sarawak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Sarawak For Sarawakians (S4S) yang berjuang untuk memerdekakan Sarawak dari Malaysia, cuba mengambil kesempatan dengan menggambarkan dan memberikan persepsi kepada para penyokong serta penduduk Sarawak bahawa Ketua Menteri Sarawak itu, menyokong perjuangan mereka.

Dalam sepucuk surat terbuka mereka, dinyatakan bahawa S4S sudah bersedia untuk menggerakkan 300,000 orang rakyat Sarawak bagi tujuan referendum, seterusnya merealisasikan penubuhan NEGARA SARAWAK dan Tan Sri Adenan Satem sebagai pemerintah pertama Negara Sarawak yang diperjuangkan oleh S4S.

S4S telah meuwar-uwarkan kononnya mereka telah mendapat persetujuan daripada Adenan Satem bagi tujuan berkenaan.

Namun Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah menafikan wujud persetujuan dan kerjasama antara Adenan dengan S4S. Sebaliknya menurut Pejabat Ketua Menteri, S4S memang ada menghantar surat berkenaan, tetapi Pejabat Ketua Menteri tidak pernah memberikan sebarang respons mahupun melayan surat tersebut.



Dengan kata lain, surat tersebut telah dibakulsampahkan kerana motifnya amat jelas, S4S cuba mengheret Ketua Menteri Sarawak dalam masalah yang lebih besar, sekaligus membuka ruang yang lebih besar kepada DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

Walaupun S4S cuba berdalih kononnya mereka tidak memilih mana-mana parti politik, pembabitan beberapa orang pemimpin DAP dan pembangkang tempatan dalam S4S, menunjukkan pergerakan itu sebenarnya tidak lebih daripada salah satu usaha yang memanjangkan hujah Pakatan Rakyat pada tahun 2011 kononnya Sarawak memerlukan lebih autonomi pada Pilihanraya Negeri tahun tersebut.

S4S dan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) diwujudkan selepas ceramah-ceramah agresif yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat termasuklah oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Kenyataan S4S kononnya Ketua Menteri Sarawak menyokong pergerakan mereka, sekadar menunjukkan dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya sudah sangat terdesak sehingga sanggup menipu dan memperdayakan rakyat Sarawak bagi tujuan subversif!


No comments:

 
Blogger Templates