Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 6, 2015

TAHUKAH ANDA, HELIKOPTER YANG DINAIKI NAJIB JUGA PERNAH TERHEMPAS, TETAPI NAJIB TERSELAMAT!!!



PETALING JAYA: Nahas udara melibatkan helikopter dan kapal terbang ringan yang membawa orang kenamaan di negara ini boleh dijejaki seawal tahun 1976.

Menurut kronologi yang disediakan Bernama, nahas paling menggemparkan berlaku pada 1976 apabila Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens bersama 10 yang lain termasuk menteri kabinet negeri,terkorban apabila pesawat Nomad milik Sabah Air, terhempas kira-kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Saksi mendengar dentuman di udara sebelum kapal terbang itu terhempas diperairan cetek Sembulan, hanya beberapa meter dari perumahan atas air, mengorbankan Fuad, menteri kabinetnya Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong dan lapan yang lain.

Terbaharu, nahas udara membabitkan helikopter telah meragut nyawa anggota Parlimen Rompin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias serta empat yang lain.

Kejadian pada 4.55 petang semalam itu berlaku apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Berikut ialah senarai nahas penerbangan melibatkan orang kenamaan sejak 1976.

* 6 Jun 1976 – Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain terkorban termasuk menteri kabinet apabila pesawat jenis Nomad buatan Australia milik Sabah Air, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu, pukul 3.50 petang.

Kejadian yang menggemparkan negara dan dunia itu berlaku ketika pesawat itu hendak mendarat di Kota Kinabalu dari Labuan.

* 10 Jan 1982 – Pesawat Cessna 206 yang membawa Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur.

Mohd Ghazali dan dua yang lain dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh.

* 8 Mac 1987 – Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak dari Pekan ke Kuala Lumpur nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL. Datuk Najib dan empat anak kapal dan penumpang selamat tanpa cedera.

* 18 Dis 1989 – Empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk dua orang berpangkat Jeneral iaitu Mej. Jen. Datuk Mustaffa Awang dan Brig. Jen. Datuk Hasbullah Yussoff merupakan antara 16 kakitangan ATM terlibat nahas Helikopter Nuri di muara tebing Sungai Lundu, kira-kira 54km timur laut Kuching.

Kejadian yang mengorbankan semua penumpang itu dilaporkan berlaku dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat disertai angin kencang dan kilat sabung-menyabung.

Berdasarkan rekod kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya selepas 15 minit berlepas sehingga TUDM terpaksa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Dua buah pesawat Alouette telah dikerah untuk mengesan Nuri yang membawa individu penting dalam hierarki kepimpinan ATM itu sehinggalah pencariannya menemui noktah.

Ia ditemui terhempas di muara Sungai Lundu, berhampiran Kampung Kuala Bandang, kira-kira 60 kilometer ke barat laut Kuching.

* 3 Mac 1997 – Pengerusi DRB-HICOM Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Yahaya Ahmad, 50, dan isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 48, antara tiga terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah helikopter korporat.

Kejadian berlaku pada 11.15 malam apabila pesawat itu meletup dan terhempas di barat daya Kuala Lipis, Pahang.

Sisa helikopter itu dijumpai di Kampung Atong, Jeransang, Benta, Pahang pada 1.33 pagi, 4 Mac 1997, kira-kira 44 km barat daya Kuala Lipis.

Helikopter berkenaan yang menuju ke Kuala Terengganu meninggalkan landasan di Segambut, Kuala Lumpur pada 10.45 malam.

Helikopter jenis Agusta A 109E Power dengan nombor pendaftaran 9M-DRB milik Penerbangan Gadek itu ialah model pertama di dunia yang nahas.

* 5 Mei 2013 – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi.

Beliau, isteri, anak dan menantu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pukul 3.50 petang.

Helikopter sewa milik syarikat swasta berkenaan terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor.

* 4 April 2015 – Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, antara enam yang terkorban apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di Semenyih pada pukul 4.55 petang.

Helikopter jenis AS365N2 Dauphin itu terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor.

Jamaluddin, anggota Parlimen Rompin, menaiki helikopter itu dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Helikopter itu terhempas di kawasan kebun getah ketika hujan dan angin kencang.

- BERNAMA


2 comments:

Anonymous said...

1977 - tragedi tanjung kupang

Anonymous said...

What's your fucking point?

Aku pun makan breakfast tiap-tiap pagi.

It's clowns like you who are going to lose the next elections. :-)

If you want professionals to do your blogging job, get professionals.

Not idiots like you who can't even do well in SPM. Remember your SPM...go think about it.
What effort you put in. How you scored and WHERE the FCUK are you in life now.

Your writing style has the words Amateur written all over it.

Kalau tak fasih Bahasa Inggeris, pakai Google translate ye.

 
Blogger Templates