Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 16, 2015

TAK ADA SEBAB UNTUK LETAK JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH, KATA MUKHRIZ MAHATHIR!!!



AYER HITAM, 16 April (Bernama) -- Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuknya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, sebagaimana desakan oleh pihak tertentu baru-baru ini.

Menurutnya, jawatan Menteri Besar yang disandangnya kini merupakan amanah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO serta rakyat.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini (Menteri Besar), kerana ini adalah amanah daripada Perdana Menteri dan amanah rakyat, jadi tidak timbul masalah yang begitu besar sehingga memerlukan saya meletakkan jawatan," katanya hari ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Tani di sini.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin baru-baru ini yang mendesak beliau untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar jika gagal menyokong Perdana Menteri.

Ahmad meminta Mukhriz menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri dengan segera sebagaimana yang dilakukan oleh Badan-Badan Perhubungan UMNO Negeri yang lain dan tidak bertindak menangguhkannya.

Hari ini, terdapat blog tidak dikenali yang mendakwa Menteri Besar Kedah itu bakal meletak jawatan pada 24 April ini.

Badan Perhubungan UMNO Kedah dijadualkan bermesyuarat di Kuala Lumpur pada 24 April ini untuk mencari persetujuan tentang kenyataan sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Sebelum ini Mukhriz berkata, UMNO Kedah akan mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap Najib itu berdasarkan konsensus daripada kesemua pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Beliau juga berkata, tidak akan ada kenyataan daripada UMNO Kedah sehinggalah mesyuarat 24 April itu diadakan.

-- BERNAMA


3 comments:

Anonymous said...

Cukup2la yg seronok mengada2kan isu utk melaga2kan... inilah bibit2 perpecahan. Kan lebih baik berdiam kalau pendapat dan pandangan kelak hanya akan menjadikan senjata untuk mengerohkan keadaan.

anok kelate said...

Itulah sebab .. rakyat semakin MELUAT DENGAN PARTI UMNO .. BANYAK SANGAT SPESIS BODEK n PENGAMPU ..Macam LEBAI SUDIN .. HISAB DIRI SENDIRI DULU .. !!!

Anonymous said...

Pengampu untuk untung sendiri memang banyak mcm lebai sudin ni.menangguk di air yg keroh.spesis mcm ni mmang tiada kredibiliti sebagai pemimpin.tiada salah mempertahankan pemimpin tapi dalam masa yang sama jangan pijak kepala orang lain.

 
Blogger Templates