Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 17, 2015

VIDEO APEK KENA 'KAPAK' KEPALA DENGAN BELUTI, VIRAL DI INTERNET!!!



Rakaman video ini merupakan antara salah satu daripada sekian banyak klip video yang sedang viral di Facebook. Dikatakan, klip video ini telah dimuatnaikkan beberapa hari lepas dan lokasi kejadian dikatakan di Petaling Jaya. 

Difahamkan, kejadian berpunca daripada kemalangan kecil yang seterusnya menyaksikan pergaduhan antara mangsa dengan pemilik kenderaan terbabit yang jauh lebih muda berbandingnya. 

Mangsa dilihat cuba memberikan penjelasan dan meminta maaf tetapi suspek kemudiannya menerajang mangsa sehingga mangsa hampir terjatuh. 


Berang dengan tindakbalas suspek, mangsa berlari mencari sesuatu dan kemudian menemui sebatang kayu di kawasan berhampiran sebelum bertindak mengejar suspek mengelilingi sebuah kereta. Mereka kemudiannya dilihat berbalas-balas pukulan sebelum suspek berjaya memukul mangsa pada bahagian kepala yang menyaksikan, mangsa rebah dan terkulai serta-merta.

Agak malang kerana orang ramai yang berada di lokasi sekadar menjadi penonton melihat gelagat kedua-dua lelaki terbabit tanpa sedikit pun mahu menghulurkan bantuan kecuali seorang lelaki yang tiba-tiba muncul memarahi suspek dan mengarahkannya agar tidak meneruskan niatnya untuk menyerang mangsa. 


1 comment:

Anonymous said...

Apek tua gaduh apek muda....cina sama cina...caj pkr dan dap nnti cakap .itu semua salah umno tu.....

 
Blogger Templates