Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 22, 2015

UNTUK SEKIAN KALINYA, PRESIDEN PAS KATA, PAS SUDAH SIAP UNTUK PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP!!! CUMA KALI INI KERANA SENARAI KABINET BAYANGAN!!!


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.

Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.
 
Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat. (ASTRO AWANI)



7 comments:

Ted Manoff said...

Confirm U-turn lepas ini

Anonymous said...

Kalau PAS bersendirian.... bye2 umno.

Anonymous said...

Susah no nak paham puak puak pas ni, dah dihalau, disuruh keluar, tak keluar keluar, punyalah hina. Sebijik mcm cerita kalbun dlm Al Quran, dihalau dia jelirkan lidah, dibiarkan pun dia jelirkan lidah.

Anonymous said...

Melayu oh melayu...dap sdh menunjukan kekuatan mereka yg selami di pendam..prtama cita2 dap..mghancurkan melayu..berbalah sesama sndri..ke2..membela melayu yg blh di jadikan tali..dap.jika pemilihan pas kali ini tdk myinkirkan tali barut dap..pas akan begini jgk..yg rugi..bkn shj pas tp kpd org melayu sendri...paa dan umno hnya perbezaan politik..kiblat tetap sama..krn..kiblat tdk blh megubah pendirian yg mgaku drinya mgucap dua kalimah syahadah

Anonymous said...

Pas mau putuskan hubungan dgn dap?
Hj hadi lu mimpi ka?
Kiamat dunia pun lu tetap jilat ponggong dap lah!

Anonymous said...

Bila Cina memerintah melayu cuma dapat hampas

Anonymous said...

Nak tahu kenapa lge sungguh2 nk hadi kuar?
bila hadi petik kuar ja.. Maka pas pun berpecah lah 2.
Pas dan pasma.
Pasma presiden ahmad awang.. Naib mat sabu. Lge dan sabu dah siap kumpoi geng dah..
Hadi and geng tak tau lagi.. Underground movement.?
So bila pecah.. Pas baru lari separuh pegi pkr..
Pas lama tinggai separuh.. Pru14 hancor la..
Nk join umno/bn tak leh sbb umno 'kafir' dan 'ko' katanya.. Terkontang kantinglah pas lama.. Dan mungkin 1 masa kelak lapuk di telan oleh ahli remaja liberal yg join pas baru..
Itulah plan sabu dgn cina dap lge? Dia tgu ja hadi petik.. Hehehe..

 
Blogger Templates