Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 21, 2015

ADAKAH PALANIVEL AKAN MENYERTAI HINDRAF SELEPAS SEMUA PAKAT BALUN DIA?



Tindakan Palanivel yang terdesak untuk terus berpaut kepada kuasa Presiden MIC, sekalipun dia dan konco-konconya telah pun didapati bersalah dan digantung oleh Jawatankuasa Interim MIC, menjadikan parti yang berasaskan kaum India itu berada dalam keadaan paling lemah.

MIC di bawah Palanivel langsung tidak bermaya. Palanivel juga nampaknya hanya boleh bergantung kepada ihsan dan permintaan serta tekanan dengan alasan MIC adalah sebahagian daripada Barisan Nasional.

Akar umbi MIC rata-rata memprotes kepimpinan Palanivel yang disifatkan sebagai lemah. Dan kerana itulah, Palanivel buat hal, enggan menerima keputusan pemilihan, enggan mendengar nasihat ROS, mengheret ROS ke mahkamah dan sekarang, MIC bakal berhadapan dengan penyahdaftaran kerana masalah Palanivel yang enggan menerima hakikat, kepimpinannya tidak lagi diterima dan diperakui.

Pada 5 Disember, RoS mengisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung MIC pada November 2013. Justeru, MIC perlu mengadakan pemilihan semula. Palanivel enggan menerima keputusan tersebut dan mengheret ROS ke mahkamah. Mahkamah bagaimanapun, menolak permohonan Palanivel dan beberapa orang konconya untuk membatalkan arahan ROS.

Barangkali sudah tidak ada cara lain, Palanivel berpaling kepada Najib Abdul Razak, Pengerusi Barisan Nasional. Najib dipersalahkan oleh Palanivel kerana kononnya telah memberikan nasihat agar pemilihan dibuat. Justeru, dia telah mengarahkan MIC untuk mengadakan pemilihan semula tetapi tanpa barisan calon November 2013 yang sebahagian besar daripada mereka telah digantung keahlian parti. (BACA DI SINI)

Dengan kata lain, Palanivel hanya akan mengadakan pemilihan dengan calon-calon yang dilihat tidak akan mencabarnya. 

Kerana itulah, sebahagian besar daripada pemimpin Barisan Nasional termasuklah Setiausaha Barisan Nasional, Tengku Adnan Mansor, bahkan Pemangku Presiden MIC sendiri, Dr. Subramaniam menyatakan Najib Abdul Razak tidak terbabit langsung dalam masalah dalaman MIC, sebaliknya masalah tersebut datangnya daripada Palanivel. Palanivel seharusnya menyelesaikan masalah tersebut dan menerima kehendak akar umbi MIC, bukannya sibuk menyalahkan orang lain. 

Dalam satu kenyataan lain, Tengku Adnan Mansor membidas keras Palanivel: 

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah dalaman parti itu, tegas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, tindakan Palanivel yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah dalaman, sebaliknya bakal memburukkan lagi situasi.

“Beliau (Palanivel) tidak perlu babitkan Najib dalam hal ini. Dia sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap masalah dalaman parti.

“Beliau tidak sepatutnya cuba alihkan perhatian dengan menyalahkan orang lain atas huru-hara yang berlaku dalam partinya. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap apa yang dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan turut menegaskan pemimpin India itu perlu patuh kepada keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan parti itu.

“Ada ahli MIC yang buat aduan ke RoS yang kemudiannya menasihat Palanivel untuk mengadakan pemilihan semula parti. Mahkamah pun sudah bersetuju dan itu yang sepatutnya beliau lakukan,” katanya lagi.

Semalam, Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyalahkan Najib kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.

Najib dalam reaksi balasnya berkata, beliau akan memanggil Palanivel berikutan kenyataan itu dan mahu Palanivel berhenti menyalahkan orang lain serta meminta pemimpin MIC itu mematuhi keputusan mahkamah dan Ros. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

SAY NO = hindraf

 
Blogger Templates