Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 18, 2015

BERCANGGAH... WAN AZIZAH IKUT CAKAP DAP, AZMIN PULA KATA PAKATAN BELUM BERPECAH!!!



Yang hendak sangat Pakatan Rakyat berpecah adalah DAP sebab benci benar DAP dengan Rang Undang-Undang Syariah Kelantan yang hendak dibentangkan oleh PAS di Parlimen.

Dari dulu pun, DAP memang benci sangat dengan hudud walaupun PAS sudah menyatakan, sistem yang bermodelkan undang-undang syariah Islam itu, tidak akan melibatkan orang bukan Islam. Dengan kata lain, tiada seorang pun daripada pengikut, penyokong, ahli mahupun pemimpin DAP yang akan terkena hukum di bawah undang-undang syariah Kelantan yang baru. Apatah lagi, undang-undang berkenaan hanya akan dikuatkuasakan di Kelantan, bukannya di seluruh Malaysia.

DAP pilih untuk bekerjasama dengan PAS sebab pada tahun 2008, selepas PRU-12, DAP tidak boleh bentuk kerajaan di Perak kerana sebagai parti tunggal, DAP sendiri jauh ketinggalan berbanding Barisan Nasional yang merupakan gabungan berdaftar dan sah. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN di Perak pada tahun itu, DAP tetap mahukan PAS kerana campuran dengan PAS dan PKR berjaya menjadikan DAP dominan dalam pentadbiran Perak dengan kelebihan tiga kerusi DUN.

Itu sahaja!

Oleh sebab keseronokan kerana memegang kuasa di Perak walaupun sekadar boneka, PAS melihat percampuran dengan DAP dan PKR akan membolehkan mereka menguasai beberapa negeri lain, khususnya di Pantai Timur dan Johor serta Kedah, Perlis, Perak dan Melaka. PKR pula melihat Sarawak dalam genggaman.

Namun DAP yang kurang bercakap tentang penguasaan negeri-negeri secara individu berjaya menggunakan kebijaksanaan melaga-lagakan antara PKR dan PAS sehingga menyebabkan beberapa polemik antara PAS dengan PKR berlaku menyaksikan beberapa orang pemimpin PAS disingkirkan dari parti atau dihilangkan kuasa kepimpinan dalam parti.

Apabila sudah melihat PAS berjuzuk-juzuk dengan sebahagian besarnya melihat DAP seperti dewa dan tokong, DAP berasa mereka sudah boleh mengambilalih PAS sepenuhnya. Bagaimanapun, muktamar baru-baru ini menyaksikan cita-cita DAP hancur berkecai apabila semua calon-calon tajaannya disingkirkan oleh akar umbi PAS.

Itu yang membuatkan DAP meroyan sakan. DAP cuba menggunakan taktik ugut dan halau dengan harapan PAS akan buat u-turn dan menurut segala kehendak mereka. Bagaimanapun, PAS menerusi lidah Presiden pula, bernada lain, yang lebih sinis dan membayangkan PAS akan bekerjasama dengan UMNO, sesuatu yang ditentang oleh Abdul Hadi sendiri pada tahun 1970-an ketika dia masih aktif sebagai penceramah takfir.

DAP dah halau PAS daripada pentadbiran di Pulau Pinang. Cuba pujuk PKR melakukan perkara yang sama di Selangor. Kalau PAS berjaya dihalau, bermakna DAP akan menjadi dominan dalam pentadbiran di kedua-dua negeri itu. Walaupun dominan di Pulau Pinang, kehadiran PAS sedikit sebanyak, membuatkan Lim Guan Eng sedikit terbatas dalam tindakannya menyamun tanah-tanah wakaf dan menghalau pengundi-pengundi Melayu keluar dari kawasan penempatan mereka atas alasan pembangunan dan pengambilalihan tanah bagi tujuan komersial mewah.

Kerana itulah Mesyuarat Biro Politik dua malam sudah, PKR tidak mengumumkan pendirian secara rasmi. Sebabnya, PKR sendiri terbelah-belah dan berjuzuk-juzuk. Satu pihak berkiblatkan DAP yang diwakili oleh Wan Azizah-Rafizi, manakala satu lagi pihak mengikut Azmin Ali yang bijak menggunakan peluang ini untuk menambat DAP dan PAS untuk berada di bawahnya.

Itulah hasilnya apabila Wan Azizah kata, Pakatan Rakyat secara rasminya sudah bubar, manakala Azmin Ali pula kata, Pakatan Rakyat belum bubar dan perlu duduk semeja.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak pernah wujud secara rasmi dan didaftarkan. Ikatan antara PAS-DAP-PKR hanyalah matlamat mahu menumbangkan UMNO-BN.

Drama Pakatan Rakyat akan berterusan. Azmin Ali di Kelantan sudah pastilah menghadap kepimpinan PAS Kelantan yang merupakan kuasa utama dalam PAS.

Barangkali itulah juga sebabnya, DAP jadi kelam-kabut dan serba ketakutan seperti Yahudi Zionis yang takut dengan peluru berpandu batang paip al-Qassam yang jatuh secara rambang di bumi yang mereka jarah dan jajah.


No comments:

 
Blogger Templates