Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 10, 2015

GUAN ENG YANG ARAHKAN PIMPINAN PAS LETAK JAWATAN, SEKARANG ARAHKAN PULA PAS SELESAIKAN KEMELUT PAS-DAP!!!



Kepimpinan baharu PAS bertanggungjawab menyelesaikan kemelut PAS-DAP serta mengambil tindakan sewajarnya susulan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata sehingga kini kepimpinan baharu PAS mengambil sikap berdiam diri, malah menjadikan keadaan terumbang-ambing.

Menyifatkan PAS cuba 'berbelit-belit' berhubung kemelut itu, Lim berkata PAS seharusnya berani mengambil tindakan bagi memastikan maruah parti dan kepimpinan baharu PAS terpelihara.

"Saya rasa kesal bahawa ada pemimpin baharu PAS masih nak menyalahkan DAP untuk keadaan ini. Yang putuskan hubungan dengan parti DAP bukanlah DAP, PAS sendiri yang buat usul untuk putuskan hubungan kemudian diluluskan dalam muktamar.

"Saya tidak salahkan anggota biasa PAS, hanya kepimpinan baharu PAS harus bertanggungjawab kerana mereka membuat keputusan sedemikian. Maka mereka harus mengambil tindakan susulan. Janganlah cakap bahawa kita boleh buat 'u-turn', nak bincang balik ... itu tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran NEPCON Malaysia 2015 di Arena SPICE di sini Selasa.

Rabu lepas, Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Mengenai peletakan jawatan oleh wakil PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, Lim berkata setakat ini hanya bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membuat keputusan meletakkan semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya beliau faham dan akur dengan keputusan kedua-dua pemimpin PAS itu malah menyifatkan Mohamad dan Mujahid bukan mahu membelakangkan kerjasama yang terjalin sebelum ini memandangkan mereka hanya mengikut arahan kepimpinan PAS.

"Kalau diterima tanpa bahas untuk putuskan hubungan dengan DAP saya rasa itu amat jelas sekali, tak ada ruang ragu-ragu atau pun tak ada ruang untuk dipersoalkan langsung. Mat (Mohamad) Sabu dan Mujahid telah mengambil langkah yang bermaruah.

"Saya rasa terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada nak ambil langkah bermaruah, mempertahankan prinsip atau sebaliknya memegang kepada jawatan," katanya.

Sabtu lepas Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Semalam, Mujahid menerusi laman Facebook miliknya turut mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang.

Mereka membuat keputusan itu berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam pakatan pembangkang.

-- BERNAMA


2 comments:

Anonymous said...

Dia tahu yg PAS tak berani nak lawan dengan DAP ,Banyak orang cari makan maaaa, Tak bersekongol nanti periuk nasi tak berasap

Anonymous said...

DAP pun sebenarnya akan goyang sekiranya PAS menyambut cabaran untuk keluar pada PR , Itu pasal LGE mula berlembut sikit , Kita tunggu cerita seterusnya ,siapa yg tak ada telor PAS atau DAP

 
Blogger Templates