Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 16, 2015

KETIKA UMNO BERBALAH DAN CUBAAN SESETENGAH PIHAK MENJATUHKAN KEPIMPINAN SENDIRI, DAP BERGERAK PANTAS DI KELANTAN!!!



Selepas Sarawak, DAP bertindak lebih agresif dengan cubaan menerobos masuk ke kubu kuat Melayu iaitu Kelantan. Kerjasama politik dengan PAS sepanjang musim TAHALUF SIYASI telah membolehkan DAP kembali mewujudkan tapaknya yang hilang di Kelantan.

Kali terakhir DAP bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan adalah di DUN Padang Garong dalam Parlimen Kota Bharu pada tahun 1990 menerusi calonnya Lim Kok Kee. DAP bagaimanapun tewas teruk walaupun calon yang ditentang adalah Wan Hashim Ahmad dari BERJASA yang merupakan salah satu komponen Angkatan Perpaduan Ummah yang diterajui PAS pada waktu itu.

Seawal tahun 2011, DAP secara terbuka menyatakan sasaran mereka untuk menguasai beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Kelantan dan Terengganu. Kemenangan mana-mana kerusi di kedua-dua negeri tersebut, akan memberikan kemenangan terbesar kepada DAP memandangkan kedua-dua negeri tersebut adalah bermajoritikan Melayu.

Atau lebih tepat lagi, kesemua kerusi sama ada DUN mahupun Parlimen adalah KERUSI MELAYU.

DAP cuba melakukan perkara yang sama di Sarawak menerusi IMPIAN SARAWAK. Menggunakan media sosial seperti blog dan portal, DAP melakukan penipuan terancang menerusi sesi merakamkan gambar dan menyebarkannya, seolah-olah mereka bekerja kuat untuk membantu penduduk pedalaman walaupun sebenarnya, sama ada mereka menumpang projek Kerajaan Negeri ataupun, pihak Kerajaan Negeri dan Pusat yang akhirnya menyudahkan projek sekerat jalan mereka.

Namun di Sarawak, DAP seperti hilang arah apabila tenggelam dengan aura ADENAN SATEM yang merupakan Ketua Menteri Sarawak. Beberapa pengumuman, langkah dan tindakan ADENAN SATEM menangani permasalahan penduduk serta rakyat Sarawak, membuatkan DAP jadi sumbang langkah.

IMPIAN SARAWAK yang diterajui sendiri oleh Lim Kit Siang, kini sudah senyap.

Namun, DAP mengalihkan tumpuan pula ke Kelantan.

Mengambil kesempatan daripada kekalutan dan kekecohan di kalangan komuniti politik Melayu akibat persengketaan sesama sendiri, DAP cuba merebut peluang yang ada untuk menempatkan parti tersebut di kalangan Melayu teras.

Tipikal pemikiran DAP ialah, Melayu amat sayangkan agama dan simbol-simbol agama. Justeru, perkara pertama yang dilakukan oleh DAP adalah dengan 'MEMBERI BANTUAN' kepada surau-surau, malah berjanji untuk membina sebuah masjid di Gua Musang, yang sudah tentu sebenarnya bertujuan menimbulkan polemik dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam di Kelantan serta Malaysia, amnya.

Menariknya, di Kelantan, RARA OTHMAN yang bertudung digunakan sebagai PELACUR POLITIK untuk menarik perhatian Melayu.


Penentangan dan kebencian DAP terhadap apa-apa sahaja yang membabitkan Islam, pernah membuatkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada awal 90-an terutama sekali yang membabitkan PENDIRIAN 5 PERKARA.

Pendirian Lima Perkara adalah:

(1) Pas kena setuju tidak akan berlaku perubahan radikal terhadap Perlembagaan Persekutuan seperti penubuhan Negara Islam, Kristian, Buddhis atau Hindu

(2) Selagi berada dalam pakatan pembangkang, Pas mesti bekerjasama dengan parti sekutu untuk mengangkat demokrasi, bukan Negara Islam

(3) Sebelum membuat sebarang keputusan atau pindaan kepada undang-undang negeri, Pas mesti rujuk dan mendapat persetujuan parti sekutu

(4) Pas kena bersetuju dengan penubuhan sebuah jawatankuasa tertinggi yang mesti dirujuk jika ingin buat kenyataan atau tindakan sensitif berkaitan agama, dan

(5) Pas mesti terima hakikat Malaysia sebuah negara plural dan Negara Islam tidak sesuai serta tidak boleh ditubuhkan.


TAHALUF SIYASI 2008 akhirnya memberikan kesempatan kepada DAP untuk kembali kepada perjuangan serta matlamat asal mereka untuk menjadi dominan selepas cubaan terbesar pada tahun 1969 digagalkan oleh MAGERAN dan DASAR EKONOMI BARU.

UMNO berbalah sesama sendiri. PAS berpecah kerana OBJEK SEMBAHAN. Dan DAP pula segera mengambil kesempatan dengan MENCANTIKKAN SURAU dan berjanji untuk membina MASJID di Gua Musang untuk menonjolkan kehebatan dan keprihatinan mereka, walaupun pada masa yang sama, merekalah yang paling kuat menentang apa-apa sahaja yang dilihat Islamik, termasuklah kod tatacara pemakaian sopan!



Di Perak, bersama-sama Nga Kor Ming yang sedang berusaha mengukuhkan kedudukan DAP Perak pada PRU-14 nanti, DYANA SOFYA dilacurkan untuk mendapat sanjungan serta sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu. 

Jiwa Melayu di Kamunting terutama di Kampung Bukit Jana cuba dibeli dengan kaedah paling mudah dan murah. Menariknya, Surau Nur Al-Hidayah Kampung Bukit Jana dikuasai oleh puak-puak PAS penyokong DAP.


No comments:

 
Blogger Templates