Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 18, 2015

RAFIZI RAMLI JUGA MENYERTAI TONY PUA... TAK MAHU DUN SELANGOR DIBUBARKAN SEBAB TAKUT DAP-PKR HILANG KUASA TANPA PAS!!!



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyangkal khabar angin yang mengatakan DUN Selangor bakal dibubarkan ekoran kenyataan DAP bahawa Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud susulan kemelut yang melanda parti demokratik itu dengan PAS.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, PKR dan DAP sepakat untuk tidak membubarkan DUN Selangor sekaligus mengelakkan pilihan raya negeri dijalankan ekoran perpecahan gabungan pembangkang berkenaan.

Menurutnya, pilihan raya negeri tidak perlu dilakukan kerana tiga parti dalam Pakatan sebelum ini berjaya menguasai Selangor dengan majoriti besar.

"Lebih baik jika diteruskan kerjasama politik dalam bentuk kerajaan gabungan di peringkat negeri," ujar Rafizi di lobi Parlimen sambil menambah pilihan raya negeri yang baru juga akan membazirkan dana.

Situasi yang berlaku dalam PR pada masa kini semakin bercelaru selepas DAP bertindak menganggap gabungan pembangkang itu sudah 'berkubur' ekoran tindakan PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan parti berkenaan di muktamar minggu lalu.

Kecelaruan berkenaan sekaligus menimbulkan persoalan berhubung status kerajaan negeri yang dikuasai gabungan berkenaan khususnya Selangor, tentang bagaimana ketiga-tiga parti berkenaan mampu bekerjasama setelah DAP mengisytiharkan PR tidak wujud.

Ia berbeza dengan situasi kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan yang mana DAP dan PAS mempunyai kawalan kukuh dan tidak begitu terjejas dengan perkembangan terbaru itu.
Di Selangor, PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi DUN, manakala PKR memperoleh 14 kerusi. Jika salah satu parti antara PAS atau DAP mengambil pendirian drastik, Pakatan bakal kehilangan penguasaannya di negeri termaju di Malaysia itu.



2 comments:

Unknown said...

Mana berani kalau bubar pr bungkus pas akan takbirurus selangor bersama umno. Selangor ramai ahli pas

Anonymous said...

Masa buat Kajang Move dulu dia tak cakap pasal pembaziran. Sekarang ni bila dah tak konfiden baru cakap pasal pembaziran???? ptuiiiihh

 
Blogger Templates