Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 26, 2015

TAKUT DENGAN SAMAN NAJIB ABDUL RAZAK, MALAYSIAKINI GUNA HELAH ANWAR UNTUK LENGAH-LENGAHKAN PERBICARAAN!!!

Malaysiakini buat kali ketiga memohon supaya Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said menarik diri daripada mendengar kes saman Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap mereka berhubung penerbitan dua artikel.

Dalam permohonan itu, Mkini Dotcom Sdn Bhd dan dua lagi iaitu Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar, memohon supaya Kamaludin menarik diri daripada mendengar saman fitnah itu atas alasan terdapat unsur bahaya berat sebelah sekiranya hakim itu mendengar kes berkenaan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 24 Jun, mereka berkata, Kamaludin yang sebelum ini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur telah berpindah ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 1 Jan lepas. Mereka berkata, kes itu masih di peringkat pengurusan kes dan tarikh perbicaraan belum ditetapkan, oleh itu tiada sebarang alasan atau sebab munasabah menurut amalan biasa bagi hakim yang berkhidmat di Mahkamah Tinggi Seremban untuk mendengar kes saman itu.

Pada 14 Nov tahun lepas, ketiga-tiga defendan menarik balik permohonan mereka untuk melucutkan kelayakan Kamaludin, yang ketika itu pesuruhjaya kehakiman daripada mendengar saman berkenaan selepas memfailkan permohonan itu pada 24 Jun tahun sama.

Pada 22 Jun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan kedua Mkini, Steven dan Fathi yang difailkan pada 12 Jun untuk membatalkan keputusan Hakim Besar Malaya yang melantik Kamaludin untuk mendengar kes saman itu.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan, yang mewakili Perdana Menteri dan Ab Rauf, ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk mendengar permohonan terbaharu itu.

“Tarikh sama (17 Ogos) juga ditetapkan untuk sebutan permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membuang beberapa perenggan dalam pernyataan tuntutan balas dan pembelaan ketiga-tiga defendan,” katanya selepas hadir pada pengurusan kes saman itu di hadapan Kamaludin yang turut dihadiri peguam Ashok Kandiah yang mewakili kesemua defendan.

Pada 30 Mei tahun lepas, Najib, atas kapasiti peribadinya dan Ab Rauf selaku plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Mkini, Steven dan Fathi selaku defendan. Mereka mendakwa kesemua defendan telah melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” dan “How much will Najib spend to keep Terengganu?” di bawah ruangan Yoursay dalam laman portal www.malaysiakini.com pada 14 Mei tahun lepas.

Kedua-dua plaintif juga mendakwa komen-komen dalam artikel-artikel itu tersirat sindiran untuk menunjukkan bahawa UMNO tidak cekap sebagai badan politik dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka mendakwa perkataan fitnah telah juga direka untuk mencerminkan UMNO sebagai menyalahgunakan kuasa demi kepentingan parti dan ia sebuah parti yang tidak demokratik dan sengaja dicipta situasi yang tidak diingini.- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

run for your life.......

Anonymous said...

Cina jual beras plastik, Faiza yang difitnah

BATU PAHAT - Syarikat Faiza Sdn Bhd (Faiza) menafikan dakwaan yang dikeluarkan individu yang tidak bertanggungjawab di laman sosial berkaitan kualiti berasnya.

Dalam dakwaan berkenaan beras yang dikeluarkan syarikat bumiputera terkemuka itu adalah beras tiruan yang diperbuat daripada plastik yang berbahaya kepada pengguna.

Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, tuduhan berkenaan hanyalah untuk mencemarkan reputasi syarikat terbabit dan ia lebih kepada fitnah semata-mata.

"Sejak beroperasi selama 20 tahun sehingga kini, syarikat ini menggunakan 100 peratus beras asli daripada sumber yang disahkan kerajaan, iaitu secara terus dari Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

“Perbuatan berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan berniat jahat, kami memandang serius setelah kami dihujani pelbagai persoalan semenjak ia viral di laman sosial," katanya.

Faiza Bawumi berkata, sejak tersiar di laman sosial pada Khamis minggu lalu, ada sesetengah peruncit dan pengguna yang meragui beras keluaran syarikat berkenaan dan mereka tidak putus-putus menghubungi pejabat mereka.

“Tindakan pemilik akaun laman sosial berkenaan juta telah menyebabkan jualan beras kami ‘Beras Faiza Emas’ yang sebelum ini terjual sehingga 3,000 tan sebulan terjejas,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasinya, Md Faizal Md Ali berkata, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan kes berkenaan bertujuan tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan yang dikeluarkan yang lebih kepada fitnah kerana pihak syarikat kami mementingkan kualiti pada produk yang dikeluarkan.

“Kami memandang serius kepada semua produk,n termasuklah beras yang merupakan produk utama kami sejak 20 tahun syarikat ini beroperasi,” katanya. theunspinners.blogspot

 
Blogger Templates