Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 19, 2015

CLAIRE BROWN DAN TONY PUA TERUS TERDESAK APABILA MALAYSIAKINI PULA GAGAL MENAFIKAN DOKUMEN JUSTO TELAH DIPINDA UNTUK TUJUAN FITNAH!!!


Malaysiakini cuba mengelirukan para pembacanya dengan menyatakan, tiada pindaan besar pada dokumen-dokumen yang digunakan untuk tujuan menggulingkan Kerajaan sah Malaysia. Sekaligus cuba juga mewujudkan persepsi bahawa dokumen-dokumen yang digunakan itu adalah ASLI dan TULEN!

Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka mengakui bahawa dokumen-dokumen itu telah mengalami 'sedikit pindaan tetapi tidak besar'. Yang gagal mereka perakui ialah, pindaan tersebut mengubah struktur dan maksud sebenar dokumen-dokumen berkenaan.

Polis Thailand enggan menjelaskan apakah bentuk pindaan pada dokumen yang telah dijual oleh Xavier Justo kepada pihak ketiga. Ditanya sama ada pindaan tersebut bersifat menyeluruh, Malaysiakini dalam laporannya menyatakan jurucakap Polis Thailand, Jeneral Prawut Tavornsiri memberitahu, pindaan tersebut adalah kecil tetapi penting. (BACA DI SINI)

Menurut Prawuth lagi, polis Thailand telah membuat kesimpulan tersebut selepas menyoalsiasat Justo, yang tetap menegaskan bahawa dia hanya menyerahkan dokumen-dokumen asal daripada PetroSaudi International kepada pihak ketiga.

Prawut bagaimanapun, enggan memberikan penjelasan lanjut berubung tuduhan pindaan dokumen memandangkan perkara tersebut masih berada di bawah siasatan.

"Tiada waran tangkapan, memandangkan ianya (pertemuan dan mesyuarat) itu berlaku di Singapura," kata Prawut.

Butiran yang disiarkan oleh Malaysiakini itu sekaligus menafikan tuduhan Claire Brown dan Tony Pua ke atas NST.

Penjelasan polis Thailand bahawa tiada tangkapan dilakukan, tidak bermakna, tiada jenayah yang tidak dilakukan. Jenayah tersebut bagaimanapun, dilakukan di luar bidang kuasa polis Thailand.

Dua hari lepas, polis Thailand berkata, "Kes tesebut dilaporkan di Singapura kerana penggubahan wang haram yang digunakan untuk menyerang Perdana Menteri Malaysia bermula di Singapura. Sekiranya pihak polis Singapura mahukan bukti menerusi protokol hubungan luar, polis Thailand akan menghantarnya."

Ini bermakna, polis Thailand percaya, jenayah tersebut telah dilakukan di Singapura dan Singapura seharusnya melakukan siasatan segera berhubung perkara ini.

Hukuman bagi penjualan data-data curi dan penggubahan wang haram di Singapura adalah penjara lebih 10 tahun.

Malaysia juga boleh menggunakan Akta Pencegahan Jenayah atau POTA, termasuklah kedua-duanya yang memperuntukkan hukuman penjara ke atas 10 nama-nama yang telah didedahkan oleh Thailand yang mana terlibat dalam pembelian data-data curi, meminda data dan telah menggunakan data-data yang dipinda untuk menfitnah 1MDB dan Kerajaan Malaysia.

Dalam tempoh 13 hari ini, nasib kesemua 10 orang individu yang nama mereka telah diperolehi oleh Kerajaan Thailand akan bergantung kepada dua situasi:

(1) Pengumuman Singapura untuk memulakan siasatan ke atas urusniaga data-data yang dicuri dan penggubahan wang haram dalam kes Justo.
(2) Siapakah antara 10 individu tersebut yang akan diedahkan apabila Justo didakwa di mahkamah Thailand.



5 comments:

Anonymous said...

Send those bastards and the 2 bitches in the UK to prison!!!

Anonymous said...

Aku rasa Najib dan blogger pro yang terdesak kerana Najib tak dapat menafikan berkenaan akaunya saperti yang dilaporkan.

Anonymous said...

Tak faham aku ..kenapa perlu tunggu pihak Thailand tangkap Justro untuk menentu betul atau tidak dakwaan tu. Kalau benar benda tu fitnah kenapa 1MDB nafikan dgn bukti yg mereka ada? Adakah penahanan mt saleh tu membuktikan tak duit masuk ke akaun Najib dan juga Rosmah? Susah sangat ke Najib dan juga Rosmah nak dapatkan salinan statement of account drp bank ? Jika accoun holder yg request bank kena bagi tanpa banyak songeh !

Anonymous said...

Doomed!!!

Anonymous said...

Jika macai Regimen Komunis RBA hebat sangat, kenapa tak persiapkan sendiri segala bukti2 pendakwaan keatas Najib. Kenapa perlu Najib pula yang membuang masa melayan kebodohan macai2 yang tidak tahu serba serbi.

Itulah tiada bukti nak main tuduh-tuduh termasuklah seorang Negarawan yang jadi PM sampai 22 tahun. Harapkan dengar cakap dan andaian tak cukup.

 
Blogger Templates