Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 21, 2015

GADUH DI WANGSA WALK BUKAN GADUH PASAL TELEFON ATAU PERKAUMAN TETAPI PASAL PEREMPUAN!!!




Satu pergaduhan dilaporkan telah berlaku melibatkan dua kumpulan remaja di Wangsa Walk Mall awal pagi semalam. Ramai pula yang cuba mengaitkan pergaduhan tersebut dengan PERGADUHAN ANTARA KAUM yang berpunca daripada pembelian telefon.

Bagaimanapun, 'HARAPAN' mereka untuk menyaksikan berulangnya Insiden Low Yat di Wangsa Walk, tidak kesampaian dan berita-berita negatif yang disebarkan itu, tidak lebih daripada khabar-khabar angin yang bertujuan untuk terus menimbulkan ketegangan.

Polis telah menahan 11 orang suspek yang mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara dua kumpulan remaja di Wangsa Walk. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, 11 orang remaja berusia antara 15 sehingga 29 dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.

 Hasil daripada siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada salah seorang anggota kumpulan membawa keluar seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan adik salah seorang anggota kumpulan yang lain.


"Si abang tidak berpuas hati dan telah membawa beberapa orang kawannya ke pusat membeli belah itu untuk berhadapan dengan lelaki yang membawa adik perempuannya. Konfrontasi itu kemudiannya mencetuskan pergaduhan," katanya.

Dalam pergaduhan tersebut, lima orang lelaki cedera dengan sebahagiannya mengalami lebam-lebam, retak tulang bahu dan salah seorang daripada mereka mengalami path leher.

"Salah seorang daripada mereka patah leher dan masih lagi koma di hospital."

Polis turut merampas sebatang besi dan sebiji topi keledar yang digunakan dalam pergaduhan berkenaan. Polis turut meneliti insiden berkenan menerusi rakaman CCTV di pusat membeli belah tersebut dan menugaskan beberapa orang anggota di situ.

Mereka yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan, sekiranya didakwa dan didapati bersalah, akan dihukum di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dengan menggunakan senjata.


No comments:

 
Blogger Templates