Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 27, 2015

INI BUKAN MASALAH NAJIB, BUKAN MASALAH SAYA SEORANG... INI MASALAH SEMUA ORANG - MUHYIDDIN YASSIN!!!



Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dipetik semalam sebagai berkata, dia tidak mempunyai sebarang bantahan kepada laporan dalaman Ketua Auditor Negara berhubung percanggalan dalam 1MDB untuk dipaparkan kepada umum.

Menurutnya, pendedahan itu setidak-tidaknya akan menghapuskan khabar-khabar angin serta persepsi negatif di kalangan rakyat tentang isu berkenaan serta sekaligus membolehkan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional dipulihkan.

Menurutna, isu tersebut sangat kompleks dan sebuah pasukan khas telah dibentuk untuk menyiasat tuduhan ke atas 1MDB dan mereka tidak seharusnya diganggu ketika menjalankan tugas.

"Sekiranya (rakyat) inginkan laporan dalaman 1MDB itu dijadikan dokumen awam, saya tidak ada bantahan. Tetapi sekiranya laporan membenarkan sebarang tuduhan yang dilemparkan, kita tidak akan mempertahankan 1MDB. Rakyat tidak bodoh."

Muhyiddin juga menafikan dakwaan-dakwaan liar yang dia sedang merancang untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.

"Saya tidak pernah mempunyai niat sebegitu. Niat kita jelas iaitu mencari kebenaran. Ini bukan hanya masalah Najib seorang atau masalah saya sahaja. Ini adalah masalah semua orang dan sesuatu perlu dilakukan segera."

Muhyiddin berkata demikian di hadapan perwakilan UMNO Bahagian Cheras ketika merasmikan mesyuarat Bahagian berkenaan. Dengan kata lain, bukan untuk awam.

Menurutnya lagi, masalah-masalah yang dihadapi oleh parti dan negara, tidak akan muncul sekiranya 1MDB tidak wujud.

"Saya lebih senang berterus-terang. Saya tidak bimbang dengan kedudukan saya terancam kerana ada masalah yang lebih serius yang memerlukan pembetulan, dan saya tidak berbohong. Apabila saya memberikan nasihat, terpulang kepada seseorang untuk menerima atau menolak nasihat tersebut Sekiranya orang itu tidak mengikut nasihat saya, mungkin dia berasakan nasihat saya tidak penting."

Muhyiddin juga menasihati ahli-ahli UMNO untuk mengenalpasti isu-isu yang menghantui parti dan negara, berhadapan dengan realiti atau berisiko kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang. Menurutnya, sekiranya masalah-masalah tersebut tidak segera ditangani, UMNO dan BN tidak akan bertahan sebagai sebuah kerajaan.

"Terdapat banyak isu yang menghantui parti dan negara. Tetapi sebagai sebahagian daripada sistem, saya bertanggungjawab untuk membantu Presiden kita dan Perdana Menteri menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Sekiranya Parlimen dibubarkan esok, adakah kita akan menang? Kita tidak boleh menipu diri sendiri. Kita perlu berhadapan dengan realiti. Kita tidak lagi kuat sebagaimana dahulu."

Menurut Muhyiddin lagi, persepsi dan sentimen awam kepada parti telah menurun. Justeru ahli-ahli UMNO perlu bekerja keras untuk membetulkan salahtanggapan itu. Ini menurutnya, merupakan bebanan besar kepada parti memandangkan terdapat isu-isu lain membabitkan ekonomi, keselamatan dan masyarakat.

"Apa yang kita lihat dalam talian, dalam media sosial, merupakan persepsi orang ramai (terhadap kerajaan dan parti) secara realiti. Sekiranya kita mahu terus berkuasa, kita perlukan sokongan daripada rakyat... tidak hanya orang Melayu, tetapi juga daripada Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan sebagainya."

Muhyiddin turut menasihati ahli-ali parti untuk bekerja keras bagi mendapatkan lebih banyak sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional daripada rakyat dengan turun ke akar umbi dan mendengar masalah serta rungutan mereka. Menurutnya, sekiranya isu-isu tersebut berjaya ditangani, dia yakin rakyat Malaysia akan tetap memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional.

"Terdapat banyak perkara yang telah UMNO dan Barisan Nasional lakukan untuk negara ini dan rakyatnya dalam tempoh 57 tahun. Saya tidak rasa rakyat akan melupakan. (Tetapi) rakyat secara terus-terus menilai apa yang kita lakukan, apa yang kita katakan... dan dalam sistem demokratik, mereka adalah pembuat keputusan siapa yang kekal dan siapa yang harus pergi."

Muhyiddin juga berkata, ahli-ahli UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal parti. Adalah satu keperluan untuk membetulkan semula kesilapan yang telah dilakukan bagi memulihkan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates