Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 6, 2015

KES DERA BUDAK PEREMPUAN USIA 5 TAHUN: DUA ORANG BAPA SAUDARANYA PULA DITAHAN POLIS SELAIN BAPA DAN IBU TIRINYA!!!



Polis menahan dua orang bapa saudara kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didakwa menjadi mangsa dera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-duanya ditahan beberapa hari lepas untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini kita telah menahan empat orang iaitu dua orang bapa saudara, ibu tiri dan bapa kandung mangsa,” katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata, 21 kenyataan turut diambil sementara kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 24 Jun lalu, Nur Zuliana Zaara Mohd Mishabuddin, 5, dilapor telah mengalami lebam dan penuh parut di badan selepas didakwa didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Kejadian disedari oleh ibu mangsa, Sana Abd Malek, 28, yang telah pergi mengambil anaknya itu di rumah bekas suaminya di Rantau Panjang.

Kanak-kanak malang itu turut menjalani pembedahan usus selepas didapati berpintal hingga menyebabkan makanan tidak dapat bergerak dengan betul.

Bapa dan ibu tiri kanak-kanak itu yang berusia 39 dan 25 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. (sumber)


No comments:

 
Blogger Templates