Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 5, 2015

NIAT HATI NAK MARAH SEBAB BOLA JATUH ATAS BUMBUNG KERETA, TAPI BERTUKAR HATI KERANA MUALAF BUTA!!! JOM BANTU!!!



Nak dijadikan cerita. Allah Maha Agong..

Aku ni dah seminggu angin satu badan dgn famili tingkat 4.. hari2 buang sampah dari beranda hingga mengotorkan kereta aku... ptg tadi nak dijadikan cerita, sebaik saja masuk parking, tiba2 sebiji bola betul2 jatuh atas bumbung kereta.. nasib baik tak kemek atau calar.. tapi kereta baru dua bulan keluar kedai tentulah sayangkan..
Tanpa lengah, aku terus bergegas naik ke tingkat 4 dan ketuk pintu.. budak lelaki buka pintu.. aku tanya.. 

"ayah ada?.. 

budak tu geleng.. 

"mak ko ada?.. 

"ada..ama.." sambil panggil ibunya... 

tiba2 aku lihat kelibat seorg wanita teraba-raba dtg ke pintu.. 

"ada apa? tanyanya dlm pelat india.. aku pun cerita dari A sampai Z... dia kemudian marah2kan anaknya sambil nangis... rupanya dia mualaf..baru 4 bulan peluk Islam. Suaminya meninggal dunia. Tinggal dia bersama 4 anak. 3 darinya muslim, yg sulung masih beragama hindu.. dia miskin.. anak2nya anak yatim. Hidup tak menentu.. tiba2 saja aku insaf dan minta maaf kerana berkasar... tiga anaknya budak baik.. mereka tak tahu apa2..
Masa aku jumpa mereka jam dah kol 5.30 ptg. Aku tanya puasakah? Mereka kata, puasa. Aku tanya berbuka puasa dgn apa? Dia jawab, nasi sama ikan kering. Kemudian aku minta izin nak bawa tiga anaknya keluar ke bazar Ramadan. 

Dia nangis terharu.. sejam aku ke bazar Ramadan..beli lauk, minuman dan kuih muih..seronok tengok anak2nya pilih lauk dan kuih.. sampai di rumah, aku hulurkan sikit wang ringgit atas niat sedekah.. makin kuat ibu tunggal ini menangis. Dia adalah OKU cacat penglihatan. 

Kalau ada sesiapa nak bantu..boleh hubungi saya.. saya ambik tiga anaknya sebagai anak angkat... minggu depan nak bawa mereka beli baju raya.. ini raya pertama mereka sbg Muslim. Lepas peluk Islam, keluarga ni berpindah berjiran dgn aku sbb dicemuh dan dihalau oleh jiran2 sebangsanya yg marah dia tukar agama. 

Dia tinggal menyewa di sini dgn kadar RM700 sebulan, tapi mampu bayar RM50 sebulan je.. selebihnya Majlis Zakat bayar.. sama2lah kita pakat bantu keluarga baru ini.. yg ada duit lebih tu hulur2lah utk ringan keluarga ini. 

Mereka perlu dibimbing dan aku akan cuba sebaik mungkin utk keluarga ini terus menjalani kehidupan. Alamat rumah sewanya Blok F4-12, Apartmen Golden Villa, Jalan Temenggong, Taman Sejahtera, Klang Selangor. 



5 comments:

Anonymous said...

#PERDA-gate: Pemaju beli tanah Perda ikut harga 1993?

Tempoh hari, pihak PERDA dipercayai menentang perpindahan pengkalan udara TUDM atas alasan perumahan untuk rakyat yang dirancang di tanah yang terlibat. Padahal rancangan perpindahan upaya bina lebih 11 ribu tanah mampu milik di tapak yang ada.

Seiring dengan itu, kepimpinan UMNO Penang pun secara tak langsung membuaikan isu yang sama tetapi di arahkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Namun sebuah blog ada dedahkan bahwa penentangan terhadap rancangan ini berkait rapat dengan projek perumahan dekat tapak pengkalan udara baru. Baca SINI.

Kini tersebar pula akan satu skandal jualan tanah melibatkan tanah LOT 4325 hingga LOT 4633, MUKIM 9 Tok Keramat, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan sedang luas diperkatakan orang tempatan.

Tanah yang menjadi buah mulut ini adalah tanah kepunyaan Perda yang berkeluasan 9 ekar dan terletak ditepi jalan. Ia telah dibeli dari tuan tanah pada harga RM 3 sekaki pada tahun 1993. Harga semasa sudah mencapai RM 13 sekaki.

Khabar angin tersebar bahawa Pengerusi Perda menjual tanah tersebut pada harga RM 3 sekaki kepada seorang pemaju dan ambil komisyen 10% dari pemaju.

Turut tersebar adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah pemaju swasta untuk tanah tersebut mempunyai hubungan keluarga dengan keluarga Pengerusi Perda.

Kini kakitangan Perda banyak komplen tentang Pengerusi Perda yang ada terlalu gelojoh untuk menghabiskan tanah milik Perda segra untuk dimajukan.

Difahamkan dari minit mesyuarat Perda bahawa ADUN kawasan Sg Aceh, YB Dato Hj Mahmud Zakaria telah membantah penjualan tanah tersebut dalam mesyuarat Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumuputera Pulau Pinang pada 16hb Jun 2015.

Hal ini susah nak ditolak kerana imej minit mesyuarat sudah tersebar melalui WA grup sana sini.

Dengan wujud sesuatu dokumen yang boleh menyokong khabar angin yang menuduh ini, keadaan tidak boleh dibiarkan. Reaksi berdiam boleh melantun balik kepada maruah dan imej Perda. Ia harus di jawab dan di jelaskan.

Jangan pula kawasan selamat BN di kawasan Perda boleh jatuh kelak kerana khabar angin.theunspinners.blogspot p/s:fast noble actions bro..........to help this family.......

Anonymous said...

Insyaallah,saya ingin juga membantu setakat termampu.

Anonymous said...

Ok akan bantu setakat mampu.

Biro Pembangunan Usahawan Kuala Kangsar said...

Siapa yg nak dihubungi..nak bantu tapi perlu info lanjut..no tel mereka yg berdekatan..

Biro Pembangunan Usahawan Kuala Kangsar said...

Saya berharap dapat membantu mereka ini untuk meringankan bebanan mereka..seterusnya bersyukur kepada Allah bahawa ada saudara Islam yg membantu mereka..saya perlu maklumat lengkap mereka untuk bantuan segera dari saya..terutama no akaun bank mereka yg berdekatan untuk terus beri pada mereka...admin
sila sms ke 019 5006847

 
Blogger Templates