Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 14, 2015

PARTI HARAPAN BARU CIPTAAN MAT SABU KONONNYA TIDAK DIDORONG EMOSI, SENTIMEN DAN SLOGAN TAPI KEWUJUDANNYA TERHASIL SELEPAS KECEWA RAIH JAWATAN DALAM PAS!!



AKHIRNYA segala penafian dan dolak-dalik sebelum ini menjadi kenyataan apabila kumpulan progresif dalam PAS menzahirkan impian untuk bergerak dalam sebuah entiti berasingan.

Dalam suasana penuh ceria dan bersemangat, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu - yang dikatakan sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

Jawatankuasa penaja parti baharu itu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).

Harapan Baru dipelopori oleh barisan bekas kepimpinan PAS yang tewas pada pemilihn parti itu pada awal Jun lalu.

Menariknya, penubuhan satu lagi parti politik pembangkang ini dilihat sebagai cerminan kepada PAS apabila menjadikan Islam sebagai teras utama.

Kata Mohamad yang lebih lebih dikenali sebagai Mat Sabu, prinsip Islam yang didokong Harapan Baru tidak didorong oleh emosi, sentimen atau slogan semata-mata.

Sebaliknya jelas beliau, ia adalah satu tawaran untuk memberi 'rahmat dan keadilan' kepada rakyat.

Namun kurang 24 jam selepas Mohamad mengisytiharkan laluan dan hala tuju masa depan politiknya, beliau menerima pandangan yang pelbagai. (SUMBER)


1 comment:

Anonymous said...

Actually, what has Mat Sabutoh done for the people?

No, licking DAP's asshole does not count as working for the people!

 
Blogger Templates