Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 30, 2015

PENAMATAN KHIDMAT GHANI PATAIL SEBAGAI PEGUAM NEGARA MENGIKUT PERLEMBAGAAN KATA PEGUAM NEGARA YANG BARU!!!



Peguam Negara (AG) yang baharu dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang tidak memerlukan sebuah tribunal bagi menentukan perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohamed Apandi berkata, artikel dalam perlembagaan yang memerlukan tribunal bagi penamatan khidmat AG telah digantikan dengan klausa baharu di bawah Akta (Pindaan) Perlembagaan dan berkuatkuasa pada 16 September 1963.

"Di bawah Fasal (5) Perkara 145 sedia ada, peguam negara memegang jawatan selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong," kata Apandi.

"Oleh itu cara penyingkiran yang dirujuk dalam klausa 6 Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada peguam negara yang dilantik selepas 16 September 1963.

"Demi kepentingan pentadbiran keadilan, adalah perlu bagi orang awam tidak dikelirukan hingga menganggap keadaan sebaliknya,” katanya.

"Walau apapun, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak pernah dipecat atau diturunkan pangkat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan," kata beliau.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sr Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata khidmat Abdul Gani selaku Peguam Negara telah ditamatkan berkuatkuasa 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan. - Bernama


1 comment:

anak jawa johor said...

Saya pernah menjadi ketua siasatan sesuatu perkara. Apa yang saya lakukan pertama sekali adalh membuat senarai perkara bagus dan senarai perkara buruk. Lepas tu lihatlah kemana arahnya. Kalau lebihkan positif, perkara buruk pun jadi baik

 
Blogger Templates