Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 22, 2015

PENGARAH URUSAN SYARIKAT DITAHAN UNTUK KES SIASATAN 1MDB!!!



Seorang pengarah urusan syarikat bergelar 'Datuk', direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya turut mengeluarkan perintah reman empat hari kepada seorang pengarah sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Suspek berumur 39 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Sebelum ini, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB. - (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates