Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 21, 2015

SIASATAN POLIS THAILAND MENGECUTKAN TELUR HO KAY TAT, BUATKAN DIA TERPAKSA MENGAKU BERTEMU DAN PEROLEHI DOKUMEN DARIPADA XAVIER JUSTO!!!



Terkantoi lagi!!!

Pendedahan oleh Polis Diraja Thailand beberapa hari lepas tentang hubungan beberapa pihak dengan Xavier Justo serta 10 orang individu yang telah bertemu dengan pemerasugut tersebut di Hotel Fullerton, Singapura, menyaksikan ramai yang meroyan dan melenting sakan.

Antara mereka termasuklah Rafizi Ramli yang duduk tak duduk, ketika dalam kes saman ke atasnya, mengakui bahawa segala ceritanya tentang cincin Rosmah Mansor bernilai RM24 juta hanyalah FITNAH GURAUAN semata-mata.

Manakala Tony Pua pula mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang mengaitkan namanya dalam fiasco tersebut.

Hari ini, Penerbit dan CEO The Edge Media Group, Ho Kay Tat pula TERPAKSA MENGAKUI bahawa telah bertemu dan menggunakan maklumat-maklumat yang dicuri oleh Xavier Justo daripada PetroSaudi International.

Sebelum ini, The Edge menegaskan mereka tidak mempunyai kaitan dengan Xavier Justo. Beberapa pihak pula cuba menggambarkan bahawa keputusan siasatan polis Thailand hanyalah sebuah drama yang dibayar oleh Najib Abdul Razak. Malahan fakta bahawa maklumat-maklumat yang dijual oleh Xavier Justo telah dipinda dan diubahsuai sebelum diterbitkan, turut dilawak-lawakkan dan dijenakakan.

Ho Kay Tat, Penerbit & Group CEO The Edge Media Group mengakui mereka mepunyai dia pilihan sahaja iaitu:

(1) menggugurkan perkara itu dan kemudian mendiamkan diri, atau
(2) berpegang kepadanya dan menyebarkannya agar kebenaran muncul. The Edge mengambil pilihan kedua.

Menariknya dalam hal ini, seandainya tidak mempunyai sebarang niat lain, The Edge sepatutnya mengumumkan tentang data-data tersebut dan menyerahkan data-data curi tersebut kepada pihak berkuasa sebelum memberikan kenyataan untuk membantu siasatan.

Timbul pertanyaan mengapa The Edge memilih untuk tidak menyerahkan dokumen, e-mel bercetak dan cakera keras itu kepada Bank Negara lebih awal. Mengapa juga mereka tidak menyerahkan kepada Jabatan Siasatn Jenayah Komersil (CCID) dan PDRM ketika memperolehinya beberapa bulan lepas berbanding menyiarkannya untuk menimbulkan persepsi buruk dari awal? Mengapa The Edge memilih untuk tidak memberi kenyataan kepada CCID dan terpaksa menunggu sehingga penglibatan mereka didedahkan oleh Polis Diraja Thailand? Mengapa semuanya tidak dilakukan lebih awal dan mengapa hanya menunggu semalam untuk melakukannya sambil menyatakan mereka telah menyimpan semua maklumat tersebut agar tiada sesiapa pun yang memindanya? (BACA DI SINI)

Atau mereka sebenarnya sangat bimbang dengan keputusan daripada siasatan Polis Singapura sehingga terpaksa membuat pengakuan lebih awal?

Polis Thailand turut mendedahkan bahawa data-data tersebut telah diubahsuai pada kadar 'yang sedikit tetapi penting' selepas diserahkan oleh Justo kepada pihak yang melibatkan 10 orang individu yang turut didedahkan oleh Polis Thailand. Apakah nama HO KAY TAT merupakan salah seorang daripada 10 individu tersebut menyebabkan dia terpaksa membuat pengakuan?

Ho Kay Tat juga berkata, "Sebahagian daripada maklumat tersebut telah digunakan dalam artikel-artikel yang kami siarkan selama beberapa bulan lepas. Sebahagiannya lagi terlalu sensitif untuk digunakan."

Pengakuan Ho Kay Tat boleh dibaca DI SINI, di portal milik The Edge sendiri!!!


6 comments:

Anonymous said...

sohih itu orang mau bikin huru hara negara....
kasi tembak aje.....

Anonymous said...

I just wud like to know d ending. A drama which wil be unfold . most likely those with bad intention eventually wil b caught ...hope so. There r many more things that a media can help d society but almost all media chose to focus on d political issues. Therefore we have citizens wasting their time only in d issues.....and that a waste....

Johan said...

Siapa saja PM.... akan diserang hingga Malaysia hancur.. dan hadi republik.

Ted Manoff said...

Tembak bukan sembarangan macam tembak babi hutan dalam belukar..buat ikut undang2. .bila sohih TREASON baru boleh pachak Kat dinding tutop mata dan tembak macam zaman Jerman dulu...kena adil juga kepada dia...kalau geng dia ramai bariskan mereka...jangan guna rifel tu zaman kuno punya..pakai mounted RMG ..firing dilalukan oleh Askar Melayu DiRaja. Execution atas titah perintah DYMM Yang Dipertuan Agong..tiada negara dalam dunia boleh bantah...

Anonymous said...

biaq pi macam mana pun bukti yg polis dapat najib no ball takkan berani ambik tindakan, paling kuat pun melayu sekoq yg bernama rafizi jambu tu, mungkin dia sorang la yg kena ...

Anonymous said...

najib takut cina ke?

 
Blogger Templates