Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 22, 2015

TONG KOOI ONG DAN HO KAY TAT YANG MERUPAKAN PEMILIK DAN PENERBIT THE EDGE PULA KENA SEKATAN DAN SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 124 KANUN KESEKSAAN!!!



Selain Rafizi dan Tony Pua, Tong Kooi Ong (disahkan) dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat (belum disahkan lagi tetapi besar kemungkinan) telah dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia.

Selain Rafizi Ramli dan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat menjadikan empat daripada 10 orang yang disebut oleh Polis Thailand telah dikenalpasti.

Polis akan menyiasat mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cuba menggulingkan kerajaan sedia ada dan merampas kuasa dengan cara tidak sah.

Kesemua mereka ini telah dinamakan oleh Lester Melyani selain Polis Thailand selepas Xavier Justo ditangkap. Justo ditangkap oleh Polis Thailand pada 22 Jun.

Polis Thailand juga turut mendedahkan Justo menafikan sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang telah dijual kepada pihak tertentu di Eropah.

"Dia tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen tersebut dan telah menghantar dokumen-dokumen asal (kepada pembeli) termasuklah salinan digital," kata jurucakap Polis Thailand, Jeneral Prawut Thavornsiri.

Polis Thailand percaya, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Justo, kesemua e-mel tersebut telah dipinda sebelum ianya diterbitkan dan disiarkan.

Rafizi Ramli dan Tony Pua telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut, manakala The Edge turut mendakwa mereka tidak didorong oleh agenda politik tetapi sekadar mahu mencari kebenaran.


No comments:

 
Blogger Templates