Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 5, 2015

APA MAKSUDNYA, KETUA PESURUHJAYA SPRM, TAN SRI ABU KASSIM BERCUTI SELAMA SEMINGGU?



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed bercuti selama seminggu dan akan diwakili oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali dalam tempoh itu.

"Ya, saya boleh mengesahkan perkara itu," kata Mustafar kepada The Star Online ketika dihubungi pada pagi Rabu.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan satu berita memetik sumber yang mengesahkan ketua pesuruhjaya SPRM sedang mengambil cuti.

Tindakannya mengambil bercuti itu di saat beberapa pegawai SPRM disiasat polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan SPRM terhadap SRC International Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang membabitkan dana RM4 bilion sedang berjalan.

Cuti Abu Kassim berlaku selepas penangkapan bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur bagi membantu siasatan polis berhubung kebocoran maklumat berkenaan. (MSTAR ONLINE)


4 comments:

Anonymous said...

pernah terbaca...antara lain menyebut 3 tan sri...adalah rangkaian komplot menjatuhkan pm....entah betul ,entahkan tidak....masa yang akan menentukan..

Anonymous said...

cuti raya ...hari tu tak sempat kecoh sgt hal 1mdb dan akaun najib

Anonymous said...

Bila PAC (yang disertai SPRM) mengatakan duit itu adalah derma (bukan rasuah) bermakna siasatan itu sudah tutup. Skrang ni nak cari mereka yang bocorkan maklumat sulit itu aje. Itu kerja polis bukan SPRM. Sebab itulah dah bole cuti setelah penat berkerja.

Anonymous said...

mohon rakyat malaysia setiap jumaat berpakaian hitam sebagai simbolik solidariti rakyat malaysia mendesak najib letak jawatan sebagaimana ibu bapa kita terdahulu bersatu menentang malayan union

 
Blogger Templates