Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 10, 2015

FITNAH NAJIB, KERAJAAN NEGERI JOHOR PULA SIFATKAN SEBAGAI CUBAAN KERUHKAN HUBUNGAN ISTANA JOHOR DENGAN KERAJAAN!!!



Kalau tadi jawapan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, ini pula kenyataan Kerajaan Negeri Johor pula berhubung fitnah yang dibuat dan diviralkan menerusi Facebook.

Yang pasti, Kerajaan Negeri Johor mengecam keras fitnah tersebut yang turut cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti Kerajaan Negeri Johor.

Printscreen yang diviralkan itu menunjukkan beberapa buah kereta eksekutif bernombor pendaftaran Singapura di Dewan Serbaguna Mawar di Pasir Gudang untuk mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang semam.

Menurut kenyataan tersebut yang sedang diviralkan di Facebook dan WhatsApp serta Telegram, kononnya Kerajaan Negeri Johor telah mendapat titah perintah daripada DYMM Sultan Johor agar tidak membenarkan pesawat rasmi yang digunakan oleh Perdana Menteri dan isteri mendarat di Senai.

Dalam reaksi pantas, SETPOL MB Johor, Asri Khalbi menyifatkan kenyataan tersebut sebagai 'tidak bertanggungjagwab' dan berniat jahat.

"Kerajaan Negeri mengutuk keras kenyataan tersebut dan percaya ianya dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengganggu hubungan baik antara Istana Johor, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan," katanya.


Menurut Asri, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan ketibaannya di Johor disambut dengan penuh hormat oleh Kerajaan Negeri.

"Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar sama sekali," katanya sambil menegaskan hubungan antara Istana Johor dan Kerajaan adalah baik.

Najib dan rombongannya berada di Johor selepas mendarat di Lapangan Terbang Changi atas jemputan Kerajaan Singapura untuk sambutan Hari Kebangsaan Ke-50 Republik tersebut pada Ahad.

Perdana Menteri telah disambut dan diraikan dengan penuh istiadat sebagai Ketua Kerajaan sepertimana para pemimpin ASEAN yang diundang khas ke acara tersebut.

Kereta-kereta eksekutif tersebut telah disewa dan disediakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura untuk kegunaan Najib ke Pasir Gudang di mana dia merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Dia kemudiannya kembali ke Singapura di mana dia adalah salah seorang jemputan kehormat sambutan Hari Kebangsaan Republik tersebut pada hari yang sama


1 comment:

Anonymous said...

Nak buat macam mana... manusia muslim yang suka menfitnah sedara muslim yang lain memang sedara dajjal laknatullah di akhir zaman dan pengikut yang menunggu kehadiran dajjal laknatullah sebagai pemimpin... Nauzubillah....

 
Blogger Templates