Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 24, 2015

PATUTLAH AZMIN ALI TERKEDU: FAEKAH HUSIN BOCORKAN RAHSIA, SYARIKAT PENGENDALI DEIG HANYALAH SYARIKAT RM2!!!



Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang ditubuhkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk menjaga aset bernilai RM30 bilion hanya mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM2.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat.

“Jumlah Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat bernilai RM2,” katanya bagi menjawab fakta yang diberikan oleh DEIG bagi menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh kerajaan Selangor itu.

DEIG menjelaskan penubuhan syarikat itu kerana MBI tidak pernah menyumbang dividen kepada kerajaan negeri.

Faekah berkata, MBI adalah syarikat pemegang/induk atau holdings company dan sememangnya mana‐mana syarikat pemegang adalah ‘cost centrebukan ‘profit centre’.

Katanya, untuk mengurangkan kos operasi 12 anak syarikat MBI yang diuruskan DEIG, proses rasionalisasi dan konsolidasi sepatutnya dilakukan bukan menubuhkan syarikat baharu yang bertindak seperti ‘orang tengah’.

“Oleh kerana MBI merupakan badan berkanun (statutory body), ia dikecualikan daripada membayar cukai kepada LHDN.

“Bagaimanakah kerajaan negeri akan mendapat pulangan lebih baik daripada DEIG sekiranya ia wajib membayar cukai bagi transaksi perniagaan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM?, tegasnya.

Faekah berkata, MBI telah menjalankan tugas kepada rakyat Selangor dengan baik di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa perlunya ‘orang tengah’ untuk mentadbir dan menguruskan pelaburan dan aset negeri.

Katanya, sehingga Disember 2013, MBI telah membelanjakan sejumlah RM1.04 bilion untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) termasuk RM774 juta untuk Skim Air Percuma.

“Ditambah pula projek‐projek rakyat di bawah insiatif Geran Selangorku apabila lebih RM32 juta dibelanjakan dengan memberi tumpuan kepada menaiktaraf kemudahan infrastruktur,” katanya.

Dia juga mempertikaikan bagaimana aset bernilai RM30 bilion hanya sekadar dipantau daripada laporan tahunan dan tiada laporan operasi kerana akaun DEIG disatukan dengan laporan tahunan MBI. (FMT)


No comments:

 
Blogger Templates