Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 10, 2015

PATUTNYA MASUKKAN TERESA KOK BALIK KE TAHANAN, BUKAN SETAKAT DIARAH BAYAR RM50,000!!!



Tahun 2008, Teresa Kok berjaya menimbulkan kegemparan dengan tentangannya kepada tulisan jawi pada papan tanda jalan dan laungan azan. Kemudian dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penahanan Teresa Kok itu, membuatkan DAP menggiatkan usaha untuk mendesak kerajaan agar membatalkan dan memansuhkan Akta tersebut. Penggembelengan dengan beberapa buah parti politik termasuklah PKR dan PAS selain organisasi-organisasi lain, menggambarkan ISA adalah sejenis undang-undang yang tidak berperikemanusiaan dan bersifat terlalu kuno.

Teresa Kok pula menjadi 'duta' yang akan menceritakan secara tepat, kezaliman yang dilakukan oleh pihak polis di bawah ISA. Penyeksaan yang dimaksudkan oleh Teresa Kok hanyalah dalam bentuk makanan. Menurutnya, makanan yang disajikan kepada tahanan ISA jauh lebih teruk berbanding makanan anjingnya. (RUJUK SINI)

Penghinaan Teresa Kok itu kemudiannya disanggah dan disifatkan sebagai melampau. (RUJUK SINI)

Teresa Kok kemudiannya membawa kes penahanannya itu ke mahkamah. Dia hanya ditahan selama seminggu dan kemudian dibebaskan tanpa sebarang syarat. Namun Teresa Kok tidak berpuas hati kerana penahanannya di bawah ISA adalah sesuatu yang mencabar supremonya selaku seorang Ahli Parlimen DAP.

Bagaimanapun, pada 22 April 2015, Teresa Kok telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi agar membayar kos sebanyak RM50,000 selepas samannya ke atas polis ditolak. Sebaliknya mahkamah memutuskan bahawa penangkapannya oleh polis adalah sah dan mengikut undang-undang. (RUJUK SINI)

Dalam kes ini, Teresa Kok (atau DAP) mempersoalkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas mereka, tetapi dalam isu yang lain, mereka jugalah yang paling kuat menyalak tentang kuasa undang-undang ke atas orang lain. Bagi mereka, undang-undang hanya boleh dikenakan kepada orang lain, bukan mereka.

Begitu juga dalam isu POLITICAL FUND yang membabitkan Najib Abdul Razak dan UMNO. Yang paling kuat menyalak sekarang adalah DAP menerusi lidah dan tekak Lim Kit Siang. DAP mahukan tindakan undang-undang diambil ke atas Najib selain keabsahan kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 lalu ditarik balik.


Namun pada masa yang sama, POLITICAL FUND yang melibatkan DAP langsung tidak disentuh. Derma-derma ke akaun peribadi para pemimpin DAP, tidak pula disentuh sepertimana yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping.

Julian Tan Kok Ping hanyalah salah seorang daripada penerima derma untuk tujuan politik. Bagaimana pula dengan Lim Guan Eng yang memegang kuasa besar di Pulau Pinang? Apatah lagi melihat kepada kemasukan syarikat-syarikat besar yang mendapat banyak manfaat daripada jawatan Lim Guan Eng, tidak mustahil ada aliran masuk derma atau sumbangan POLITICAL FUND untuk DAP mahupun aliran peribadi kepadanya.

Semalam, Lim Guan Eng kata, DAP bersetuju untuk mendedahkan sumber derma dan sumbangan politik mereka. (RUJUK SINI) Benarkah pendedahan akan dibuat atau seperti biasa, putarbelit dan pembohongan di samping menyalahkan orang lain, akan dilakukan oleh DAP?

DAP acapkali memperlihatkan diri seolah-olah lebih suci dari embun pagi. Setiap kali terdedah, setiap kali itulah juga, mereka akan segera berkilas dan menyalahkan UMNO walaupun sekadar masalah banjir kilat di Pulau Pinang atau penggondolan puncak bukit di tengah-tengah Pulau Pinang.

Contoh terbaik ialah bagaimana isu Teresa Kok dan ISA serta MAKANAN ANJING yang disuarakannya, menyenyapkan isu sebenar iaitu punca penahanan dan penghinaan ke atas Islam yang dilakukan oleh Teresa Kok.

Persetujuan Lim Guan Eng untuk mendedahkan sumber POLITICAL FUND DAP juga akan berkesudahan yang sama... yang salahnya tetap UMNO!

1 comment:

3MUTIARA2012 said...

Adakah sesiapa berani utk menamatkan riwayat hidup mereka dari maya pada ini kerana hidupnya mereka akan lebih banyak membawa mudarat dari munafaat. Bangkitkah umnat Islam...

 
Blogger Templates