Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 18, 2015

VELL PAARI SOKONG CADANGAN ISMAIL SABRI WUJUDKAN 'LOW YAT 2' DI BANGUNAN MARA!!!



Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam MIC, Datuk Vell Paari menyokong dan mempertahankan cadangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menubuhkan pusat telekomunikasi Low Yat 2 di Bangunan MARA.

Dalam satu kenyataan media, Vell Paari menegaskan, cadangan itu tidak akan membawa ketegangan kaum mahupun memecah-belahkan perpaduan.

“Bagaimana anda boleh percaya bahawa cadangan ini akan mewujudkan ketegangan kaum? Mengapa pula pihak ini mengatakan bahawa jika UMNO menggalakkan atau memberi kuasa kepada bangsa Melayu,ia akan menyebabkan ketegangan kaum?” soalnya.

Beliau berkata, kritikan yang dilemparkan itu lebih bersifat menentang UMNO memandangkan Ismail Sabri merupakan menteri dari UMNO.

“Saya amat yakin bahawa apabila Ismail Sabri menyebutnya, ia juga bermakna bahawa kaum-kaum lain seperti India dan suku kaum dari Malaysia Timur serta lain-lain juga akan diberi peluang,” katanya.


Ini kerana, katanya, Perlembagaan UMNO Perkara (Fasal) 3.4 menyatakan ‘Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya’.

Maka, ia menjelaskan bukan semua perniagaan akan dimonopoli satu kaum malah kerajaan katanya, dilihat menyediakan banyak inisiatif bagi mewujudkan kesaksamaan dalam semua bidang.

“Jika kerajaan ini bersifat perkauman, hanya untuk meningkatkan sosio-ekonomi Melayu, maka daripada senarai 10 terkaya di Malaysia, bagaimana boleh ada sembilan orang daripadanya bukan Melayu dan hanya seorang Melayu?

“Kepada pihak berpentingan yang secara tiba-tiba sangat kritikal dan mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional, jangan lupa, bahawa sebab kerajaan inilah anda membina kekayaan yang besar itu sehingga mampu meluaskan empayar menjadi syarikat global ke luar negara,” katanya. - (FMT)


No comments:

 
Blogger Templates