Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 29, 2015

KESURAMAN INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA... HUKUMAN KE ATAS KHIR TOYO KEKAL, PENJARA 12 BULAN!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Persekutuan kerana kesalahan rasuah.

Dr Khir diarah menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Ketua Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim memutuskan Dr Mohamad Khir telah melakukan jenayah di bawah pengetahuan dirinya sebagai penjawat awam.


Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dr Khir terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.

Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.



4 comments:

Ted Manoff said...

Beli rumah mewah2 sangat buat apa...mati tinggal jugak

Anonymous said...

Aku rasa kesalahan khir toyo tak sebesar manapun.Cuba baca catatan blog dia yg terkini.

Rasanya ramai lagi menteri yg lebih patut dikenakan tindakan kalau disiasat seorang demi seorang.Apakat kita mulakan dengan najib razak sendiri selaku perdana menteri yg mengamalkan gaya hidup mewah.Kemudian zahid hamidi yg juga kaya raya,nazri teksi hartawan dan ramai lagi.

Kalau mahu undang2 dihormati jangan ada double standard.Oh ya ahli politik pembangkang juga perlu disiasat semuanya.

Anonymous said...

Kenapa nilaian Jabatan Penilaian kerajaan tidak dikemuka kan dalam perbicaraannya.Moga Khir tabah atas penganiyaan ini.Banyakkan bersabar.Orang yang menganiaya Khir pun dah diterajang dari kerjaan tinggal sorang lagi yang perasan TALL DARK AND HANDSOME.

Anonymous said...

kalaula mahkamah malaysia ni tak adil mcm dakwaan pihak2 tu selama ni pasti khir toyo tak kena penjarakan...

 
Blogger Templates