Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 15, 2015

MUSA HASSAN MENGAMUK APABILA KENYATAANNYA TENTANG PEMBUNUHAN ALTANTUYA DAN PENANGKAPAN RAZAK BAGINDA, DIPUTARBELIT!!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berang apabila kenyataannya telah diputar belit dan menimbulkan fitnah baru oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pihak yang ingin mengenakan Najib Abdul Razak dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan sengaja telah memutarbelitkan dan memberikan interpretasi bertentangan daripada kenyataan sebenar Musa Hasan. Mereka menyatakan yang Musa Hasan telah meminta keizinan dan kebenaran daripada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri untuk menangkap Abdul Razak Baginda, orang yang mempunyai hubungan asmara dengan model dari Mongolia tersebut.

Menurut Musa Hasan, dia telah diminta oleh Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi untuk menyampaikan kepada Najib tentang penangkapan tersebut, bukannya bertanya sama ada Abdul Razak boleh ditangkap atau sebaliknya.

Selepas dimaklumkan, Najib berkata kepada Musa, Musa perlu menjalankan tugasnya. Bukannya dia diberikan 'lampu hijau' oleh Najib untuk penangkapan tersebut.

Ketua Polis Negara tidak memerlukan sebarang 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri!

Musa Hasan sekadar memaklumkan kepada Najib memandangkan Razak Baginda adalah rakan Najib.

Sudah bertahun-tahun Musa Hasan menegaskan bahawa PDRM tidak mempunyai dan menemui sebarang bukti kaitan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Malahan Abdullah Badawi juga telah mengesahkan hasil siasatan PDRM.

Bagaimanapun, golongan yang sudah sebati dengan fitnah Tian Chua dan Anwar Ibrahim, bahkan sekarang ini, kumpulan yang digelarkan sebagai Pro-Tun terus mengulangi fitnah tersebut, bertujuan untuk memaksa rakyat percaya kepada fitnah mereka.

Bekas Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels berkata, penipuan yang berulang-ulang, akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.

Lebih menarik lagi, Tun Dr. Mahathir menggesa Najib agar menyaman Al-Jazeera sekiranya laporan keterkaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya, adalah fitnah semata-mata. Pengaruh besar Mahathir yang masih ada, telah digunakan untuk tujuan berkenaan.

Sebab itulah, Tun Mahathir yang suatu ketika dahulu, cukup terkenal dengan 'permusuhannya' dengan media-media Barat, sekarang ini sudah berubah sikap. Apa-apa sahaja yang dilontarkan oleh media-media Barat berkenaan keburukan dan kelemahan Najib, akan digunakan sebagai hujah terbaharunya untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak.


5 comments:

Anonymous said...

Berdasarkan kenyataan oleh Tan Sri Musa Hassan, Altantuya pernah membuat laporan polis mengenai seseorang individu iaitu Razak Baginda yang mengganggu dan membuat ugutan terhadapnya dan jika apa-apa berlaku kepada dirinya, orang itu bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Tapi pasal apa Sirul dan Azilah yang tak ada motif untuk buat pembunuhan itu dihukum mati pula sedang Razak Baginda yang ada motif untuk bunuh Altantuya berdasarkan kenyataan dalam laporan polis oleh Altantuya sebelum dia mati dibunuh dan diletupkan dengan bom, pasal apa Razak Baginda ni DILEPASKAN DAN DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH TANPA PERLU DIPANGGIL UNTUK MEMBELA DIRI?

Malahan Razak Baginda ni adalah rakan rapat kepada Najib sekeluarga, dan Sirul dan Azilah pula adalah pengawal rasmi Najib dan keluarga, maka ada kaitan yang boleh dihubungkan antara Razak Baginda, Najib dan keluarga, serta Sirul dan Azilah dalam kejadian pembunuhan Altantuya itu.

Isu sekarang apakah motifnya? Kalau bunuh tanpa motif, maka itu hanya kerja orang yang tak siuman, kalau Sirul dan Azilah tak siuman, mengapakah mereka dijatuhkan hukuman mati? Patutnya mereka dihantar ke hospital sakit mental untuk rawatan.

Makin celaru dan haru biru Najib ni, lepas satu demi satu terbongkar. Itulah nak membohong pun, hingga ke mana mampu bohong? Kelak terbongkar jua, malahan makin banyak terbongkar.

Sedarlah semua.

Salam ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

mahafiraun adalah musuh negara yang sangat merbahaya. Beliau akan menggadai segala galanya jika kehendak beliau dan anak beranak beliau tidak dipenuhi.

Anonymous said...

yg pasti melayu gaduh sama melayu. bangsa lain tepuk tangan.

Anonymous said...

cari..korek selagi bolih. selagi najib tak tumbang. selagi jambatan bengkok belum dibuat....mamak madey pasti meroyan.
yang heran....skandal demi skandal dan tuduhan terhadap madey semasa dia berkuasa....kenapa dia tak saman? memang betul rupanya madey melayu yang mudah..mudah lupa.

Anonymous said...

Kalau dia nak gadai dah lama dah, 22 tahun bukannya sekejap bro.

 
Blogger Templates