Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, September 15, 2015

PRO-DAP KATA, HIMPUNAN BAJU MERAH TIDAK DAPAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN MELAYU, TETAPI PIHAK BERKUASA KATA SEKURANG-KURANGNYA 2000 BUAH BAS YANG SARAT DENGAN PENUMPANG SEDANG DALAM PERJALANAN KE PUSAT BANDARAYA!!!



Beberapa laluan utama di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai tengah hari Rabu berikutan perhimpunan Baju Merah di Padang Merbok.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata beberapa laluan dijangka akan mengalami kesesakan teruk berikutan kehadiran kira-kira 2,000 bas membawa peserta untuk memasuki kawasan himpunan.

“Kita akan tutup beberapa laluan ini secara berperingkat pada jam 12 tengah hari. Namun masih bergantung kepada pergerakan dan kehadiran peserta. Mungkin ia lebih awal (jalan ditutup).

“Polis juga akan mengerahkan seramai 430 anggota untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam seawal jam 6 pagi,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Beliau berkata polis turut mendapat kerjasama dan bantuan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi melancarkan aliran trafik dan keselamatan.

Berikut adalah laluan yang terbabit dalam penutupan berperingkat: Jalan Parlimen; Jalan Kinabalu; Jalan Sultan Salahuddin; Bulatan Datuk Onn; Jalan Raja Laut; Jalan Kinabalu susur ke Jalan Hishammuddin; Jalan Pudu-Jalan Tun Tan Cheng Lock; Jalan Kuching; Jalan Raja; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Munsyi Abdullah-Jalan Dang Wangi; Bulatan Sultan Mohammad dan Jalan Damansara.

Jalan Kuching-Jalan Tun Razak; Jalan Sultan Ismail; Jalan Conlay; Jalan Raja Chulan; Jalan Leboh Ampang-Jalan Tun Perak dan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang. Turut disediakan laluan alternatif bagi orang ramai yang ingin ke pusat bandar iaitu, Jalan Tun Razak; Jalan Hang Tuah; Bulatan Kampung Pandan; Jalan Loke Yew dan Jalan Bukit Bintang. (FMT)


8 comments:

Anonymous said...

Kutip budak-budak dan makcik-makcik yang syok makan angin, bagi bas free, bagi topup, bagi duit belanja sikit, kemudian tepuk dada kononnya dapat sambutan! Hakikatnya, syok sendiri.

Tak payahlah cuba alih-alihkan isu pokok jadi isu perkauman; ianya bukan soal Cina dan Melayu, bukan soal kuning atau merah...tapi soal corak kepimpinan yang tak meyakinkan. Hanya blogger berbayar, ketua-ketua bahagian serta anak buahnya yang berkepentingan dan puak cari makan yang akan percaya dengan dongeng berbilion-bilion tu...

Pejuang Melayu... muka Ali Tinju? Jamal? Emman Jr? Hahahaha...

Anonymous said...

himpun melayu untuk apa
kalau himpun islam ada jugak elok semua bangsa ada
jangan kacau ini melayu mau tunjuk kuat
buat baju merah pun beli barang dari kedai china
puit la

Master Jaguh said...


Lagi Gambar … >>> DI SINI !! <<<

Anonymous said...

Selamat Hari Malaysia. Warga kota meraikan dalam ketakutan. wakakaka

Anonymous said...

Bangkitlah wahai Melayu. Hidup Melayu lancau DAP.

Anonymous said...

Sapa yg benci himpunan baju merah ni ialah ANJING DAP. Mohon jgn sentap hahhahahaa

Anonymous said...

Apa kelas semua sponsor bila nak berdemo. Jam 2 petang dah habis....bertempiaran tanpa hala tuju. Macam bodoh je.
Sekelompok melayu bodoh berkumpul dengan ahmad pointer yg bodoh. Jgn terasa ya....Macam bodoh je...lah demo lawak

Anonymous said...

Solidariti melayu yg pelahap duit...tu yg iyernyerrr!!!
Bt malu bangsa melayu jer...pooodahhhh!!!

 
Blogger Templates