Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 4, 2015

SALAHKAN SPR, TETAPI AKAUN SETIAP PARTI POLITIK, SEMUANYA RAHSIA!!!



Kontroversi berhubung RM2.6 bilion terus digunakan oleh DAP dan PKR untuk mewujudkan perasaan tidak percaya kepada Suruhanjaya Pilihanraya. SPR dituduh terlalu menyebelahi UMNO-BN kerana gagal menjadikan isu tersebut sebagai penyebab kepada pembatalan kemenangan UMNO-BN dalam PRU-13 lalu, sekaligus menghadiahkan kemenangan secara percuma kepada Pakatan Rakyat hanya menang 89 kerusi Parlimen (belum ditolak 21 kerusi Parlimen yang dimenangi PAS) berbanding 133 yang dimenangi oleh UMNO-BN.

Di dalam Barisan Nasional, UMNO merupakan pemenang terbanyak dengan 88 kerusi dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 14 kerusi Parlimen.

Menariknya, hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang dipersoalkan. Manakala perbelanjaan yang digunakan oleh DAP dan PKR yang berkempen secara aktif sebaik-baik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan pada 8 Mac 2008 sehinggalah keputusan PRU-13 pada 5 Mei 2013, bahkan berterusan sehingga ke hari ini,

Mengutuk UMNO-BN tetapi PKR dan DAP terutamanya, sangat takut untuk mendedahkan punca serta jumlah perbelanjaan yang mereka lakukan. Sebaliknya mereka seperti cuba mengakalkan dan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia dengan cerita tentang potongan gaji dan elaun serta kutipan derma daripada majlis makan malam seperti yang cuba dilakukan oleh Tony Pua.

Dek kerana itulah, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan agar SPR diberikan kuasa untuk mengaudit setiap parti politik di Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar diberi kuasa untuk melakukan audit terhadap akaun parti politik dan perbelanjaan calon yang bertanding semasa pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, ketika ini SPR hanya dipertanggungjawabkan untuk menerima laporan perbelanjaan selepas sesuatu pilihan raya selesai.

“SPR buat masa ini tiada kuasa audit kita cuma terima laporan sahaja itupun hanya perbelanjaan sepanjang tempoh rasmi kempen.

“Laporan itu pula hanya dalam bentuk mengemukakan resit, bil menunjukkan calon berbelanja mengikut yang ditetapkan iaitu RM200,000 untuk Parlimen dan RM100,000 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan hari ulang tahun ke-58 penubuhan SPR di Putrajaya pada Jumaat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, walaupun SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengaudit, namun terdapat pihak lain bertanggungjawab berbuat demikian antaranya Jabatan Audit Negara.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bertanggungjawab untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam pertandingan.

Ketika ditanya mengenai pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Abdul Aziz berkata SPR sedia untuk menyertai jawatankuasa itu sekiranya dipelawa menjadi sebahagian daripada anggota.

“Jika dipelawa, kami akan menyertainya, tapi kalau tak, ia bukanlah kemestian untuk turut serta, mereka (jawatankuasa) boleh hubungi kita kalau ada keperluan,” katanya.

Menurut Abdul Aziz pembentukan jawatankuasa khas itu juga satu tindakan baik kerana ia dapat mengelak mana mana parti politik daripada sebarang tohmahan tidak berasas.

Penubuhan JKNMPP diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos bagi merangka pelan tindakan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif untuk dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi SPR itu juga berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pihak Bersih selagi ia mematuhi undang-undang.

“Dia demonstrasi ada apa? Kami tidak mahu pemerhati tidak bebas. Fikirkan, kenyataan mereka, tindakan mereka, adakah mereka bebas?” soal Abdul Aziz.

-BERNAMA



No comments:

 
Blogger Templates