Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 10, 2015

SAMA MACAM BERSIH 4.0, POLIS JUGA TIDAK BENARKAN HIMPUNAN BAJU MERAH!!!



Polis menasihatkan supaya penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan tidak mengadakannya di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemilihan tempat yang sewajarnya bagi mengadakan perhimpunan yang dirancang itu bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

“Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan mereka berkumpul di bandar Kuala Lumpur. Kami meminta pihak penganjur untuk memikirkan tempat yang lebih sesuai. Hak untuk berhimpun dan meluahkan perasaan diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan pihak polis menghormati hak mereka itu.

“Bagaimanapun, pihak polis perlu juga memikirkan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat di Kuala Lumpur … ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelawat dan pemandu teksi,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Anugerah Jasa Pahlawan Negara, lapor New Straits Times.

Khalid berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos yang lalu perlu dijadikan pengajaran.

Himpunan Rakyat Bersatu dirancang diadakan di Bukit Bintang dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan sebagai reaksi dan bantahan terhadap perhimpunan Bersih 4.0 lalu yang dikatakan telah menjejaskan kawasan perniagaan Melayu di ibu negara.

Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu akan mengadakan sidang media hari ini (Khamis) untuk memaklumkan perkembangan terkini berkenaan perhimpunan itu yang mendapat liputan meluas media. (FMT)


3 comments:

Anonymous said...

Sudah masuk Bersih 4 mereka masih berjaya dijalanan...Kenapa tak sekat awal-awal lagi sejak Bersih 1.

Anonymous said...

Cina DAP buat kat KL senyap..melayu nak buat terus menyalak. Demokrasi taik kucing.

Anonymous said...

Buat kat penang la..

 
Blogger Templates