Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 12, 2015

TRAGEDI KREN RUNTUH DI MASJIDIL HARAM, 65 TERBUNUH DAN 10 JEMAAH MALAYSIA CEDERA!!!



YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman telah memaklumkan daripada sepuluh (10) orang jemaah haji Malaysia yang terlibat, dua (2) orang sedang dirawat Hospital King Faisal, dua (2) di hospital King Abdul Aziz, lima (5) di Pusat Rawatan Tabung Haji Mekah dan seorang (1) telah dibenarkan pulang ke bilik penginapan setelah mendapat rawatan. Maklumat jemaah haji yang terlibat adalah seperti berikut;



Nama Negeri Umur Jenis kecederaan

i. Zainul Arifin Bin Zulkifli Selangor 36 tahun Cedera Kepatahan
ii. Mat Deris Bin Mohd Noor Kelantan 62 tahun Cedera ringan dikepala
iii. Noordin Bin Wahab Terengganu 59 tahun Luka kecil
iv. Ahmad Muzafar Bin Mamat @ Adam Selangor 39 tahun Cedera di kaki
v. Mohd Nor Azman Bin Hassan Selangor 44 tahun Patah tulang belakang
vi. Mohd Sharif Bin Meon Selangor 64 tahun Bengkak bahu kanan
vii. Abdul Razak Mahmood Kelantan 61 tahun Luka di dahi (3 jahitan)
viii. Faridah Binti Mat Yacob Kelantan 46 tahun Cedera ringan dikepala
ix. Rusiah Binti Baba Kuala Lumpur 50 tahun Lebam di tangan
x. Faridah Binti Mansor Terengganu 63 tahun Tidak dinyatakan


3. Pihak Tabung Haji menyerahkan kepada pertimbangan Wisma Putra untuk menyebarkan maklumat jemaah seperti di atas kepada pihak media sekiranya bersesuaian dengan mengambil kira sensitiviti waris mangsa. Malawakil berpandangan maklumat jemaah haji seperti di atas tidak perlu dimaklumkan kepada pihak media kerana adalah memadai pihak Tabung Haji menghubungi terus waris mangsa yang terlibat bagi mengelakkan situasi lebih panik di kalangan waris-waris jemaah haji Malaysia yang lain.


4. Mengikut maklumat terkini yang diterima, jumlah mangsa kejadian telah meningkat kepada seramai 87 orang meninggal dunia manakala 201 orang cedera. Malawakil akan terus berusaha mendapatkan perkembangan terkini tentang keadaan jemaah haji Malaysia yang terlibat bersama-sama pihak Tabung Haji dan akan memaklumkan YBhg. Datuk sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
MOHAMMAD ALI SELAMAT
KONSUL JENERAL
MALAWAKIL JEDDAH
by UTUSAN.ONLINE



1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah kau selamatkanlah dan sembuhkan mangsa mangsa yang tercedera dari malaysia dan seluruh dunia...amin ya rabbul alamin

 
Blogger Templates