Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 13, 2015

ADAKAH AZMIN ALI AKAN ARAHKAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG PEGANG KONSENSI TOL, BATALKAN HASRAT KENAIKAN TOL?



Tujuh lebuhraya yang bakal menaikkan kadar tol mereka pada kadar yang tidak munasabah, berada di bumi Selangor. Sebahagian besar syarikat-syarikat pemegang konsensi tersebut merupakan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor!

Semalam, pasaran saham mencatatkan reaksi bercampur-campur bagi saham-saham pemegang konsesi lebuhraya di Bursa Malaysia.

Saham Ekovest Berhad, kontraktor siap guna utama bagi lebuhraya DUKE naik 5.5 sen kepad 98.5 sen, Saham Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK), Silk Holdings Bhd, pula naik enam sen menjadi 54 sen.

Manakala saham IJM Corp Bhd, yang mengendali dan menyelenggara Lebuh Raya Pantai (NPE) dan Lebuhraya BESRAYA, mencatatkan prestasi agak berbeza apabila turun dua sen menjadi RM3.34.

Saham Bina Puri Holdings, pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) tidak berubah dan ditutup pada 46 sen petang semalam.


Pengumuman kenaikan kadar tol di tujuh lebuhraya berkenaan, telah dibuat oleh syarikat-syarikat konsesi tersebut semalam. Beberapa bulan sebelum ini, persatuan pemilik konsesi lebuhraya telah mendesak kerajaan agar bersetuju dan akur dengan kehendak mereka untuk menaikkan kadar tol bermula Ogos lepas. Bagaimanapun, kerajaan berjaya menangguhkan tuntutan tersebut dan semalam, syarikat-syarikat itu mendahului kerajaan membuat pengumuman kenaikan kadar tol sebelum lewat petang, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya menghalalkan kenaikan berkenaan.

Menariknya, dalam isu ini, TOKEY BESAR yang berada di belakang syarikat-syarikat konsesi tersebut, iaitu Kerajaan Negeri Selangor, langsung tidak bersuara walaupun merekalah yang paling lantang melaung-laungkan sekiranya, mereka terpilih untuk memegang kuasa, mereka akan MENGHAPUSKAN TOL-TOL LEBUHRAYA.

Ironinya, pemilikan mereka tidak menjadikan lebuhraya bebas tol, bahkan kadarnya dinaikkan dan Kerajaan Pusat pula dipersalahkan.


PERJANJIAN-PERJANJIAN GELAP melibatkan pembinaan lebuhraya bertol, dilihat sekarang ini sebagai ugutan dan tekanan kepada Kerajaan Pusat untuk sentiasa menjadi PIHAK YANG KALAH. Dalam apa cara sekalipun, malah boleh dikatakan hampir setiap tahun, syarikat-syarikat pemegang konsesi akan mendesak agar Kerajaan Pusat mematuhi isi kandungan PERJANJIAN GELAP tersebut yang memastikan keuntungan besar kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi menerusi kenaikan kadar tol.

Ia samalah seperti PPA IPP yang mana TNB perlu dan wajib membayar syarikat-syarikat tersebut sama ada tenaga yang dikeluarkan, diguna atau tidak dengan syarikat-syarikat tersebut kemudiannya menjadi LINTAH DARAT yang mengugut dan menekan Kerajaan yang telah menganugerahkan berpuluh-puluh bilion ringgit kepada mereka selama lebih dua dekad.


Nampak gayanya syarikat-syarikat konsesi lebuhraya juga sedang menjadi syarikat-syarikat IPP yang naik ekor pada zaman pentadbiran Mahathir ketika Kementerian Kewangan dikuasai oleh Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim.

Ironinya, di mana suara Kerajaan Pakatan di Selangor yang sedang berkira-kira untuk merosakkan hutan simpan bagi pembinaan lebuhraya bertol yang baru sedangkan merekalah TOKEY SEBENAR?


No comments:

 
Blogger Templates