Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 26, 2015

ALASAN ROGOL DAN BUNUH MANGSA ADALAH KERANA CEMBURU, MANGSA BERKAWAN DENGAN LELAKI LAIN!!!




Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai membunuh seorang pelajar perempuan SMK Teluk Kumbar 1, ditahan oleh pihak polis malam tadi.

Suspek, Tarmizi Bin Yaakub, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas itu ditahan dan polis turut menemui senjata yang digunakan.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang mengenali mangsa mengaku membunuhnya dengan dua bilah pisau yang diambil dari rumah mangsa sebelum membuangnya ke main hole TNB di kawasan sekolah.

"Dua bilah pisau itu ditemui dibungkus dalam anak tudung berwarna putih yang ada kesan darah. Telefon bimbit jenis Oppo milik mangsa juga ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah.

"Suspek juga turut mengaku telah merogol mangsa sebelum membunuhnya di dalam bilik tersebut," kata sumber di mana suspek telah membawa polis ke lokasi senjata pembunuhan dibuang. Telefon bimbit milik mangsa pula ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah. Polis juga turut merampas baju dan seluar suspek (telah dibasuh) yang digunakan semasa kejadian.

Siasatan polis mendapati, punca sebenar kejadian itu adalah kerana suspek cemburu dengan tindakan mangsa yang berkawan dengan lelaki lain. - THEHYPEMEDIA.COM


1 comment:

Anonymous said...

Malangnya nasib org yg diperkudakan hawa nafsu..sbb itulah pndidikan agama spatutnya mjadi teras wajib lulus pd sume pelajar..

 
Blogger Templates